Jika ikhlas, PH yang patut dekati PSM - Arutchelvan

Jika ikhlas, PH yang patut dekati PSM - Arutchelvan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jika ikhlas, PH yang patut dekati PSM - Arutchelvan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jika ikhlas, PH yang patut dekati PSM - Arutchelvan
link : Jika ikhlas, PH yang patut dekati PSM - Arutchelvan

Baca juga


Jika ikhlas, PH yang patut dekati PSM - Arutchelvan

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Sosialis Malaysia (PSM) tetap mahu Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah pertama mendekati mereka bagi membincangkan soal rundingan kerusi dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.
 
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvan berkata, jika PH benar-benar ikhlas, gabungan itu yang sepatutnya berbuat demikian, apatah lagi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sendiri ketika awal penubuhan gabungan itu pernah menyatakan mahu mengadakan dialog bersama parti pembangkang termasuk PSM. 
 
"Kami rasa tanggungjawab untuk membuat langkah pertama itu adalah di tangan PH, bukan PSM. Kami sudah banyak kali buat langkah pertama," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau merujuk kepada inisiatif 'langkah pertama' PSM sewaktu gabungan pembangkang itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR), iaitu sebelum menjelangnya PRU13.
 
"PSM ada banyak tulis surat kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk berbincang, berdialog, untuk rundingan dan sebagainya. Kemudian mereka katakan PSM perlu sertai PR dulu baru boleh berbincang. 
 
"PSM pun hantar surat untuk sertai PR, namun kami tak dijemput sehinggalah selesai PRU13. Mereka sebaliknya tanya sama ada kami sokong Buku Jingga. Kami kata kami sokong, namun selepas itu mereka tak berkomunikasi dengan kami," jelas beliau.
 
Arutchelvan sebelum ini mendakwa bahawa PH sejak pembentukannya, belum lagi mendekati partinya untuk sebarang rundingan menjelang PRU14. 
 
Azmin yang ditanya pemberita mengenai perkara itu semalam, berkata PH sedia berbincang dengan mana-mana parti yang berkongsi aspirasi untuk perubahan, selain berkata tidak timbul soal siapa yang patut mulakan langkah pertama ke arah perbincangan.
 
Ujar Azmin juga, apa yang paling penting, jika kedua-dua pihak bersetuju untuk berbincang, itu adalah perkembangan positif.
 
Arutchelvan bagaimanapun menyifatkan kenyataan Azmin itu berunsur politik.
 
"Banyak pihak akan lega (dengan kenyataan Azmin), tapi realitinya mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memanggil satu (perbincangan). Mereka hanya beri pandangan apabila media tanya. 
 
"Jika gabungan itu benar-benar serius nak ajak semua bersama, sepatutnya mereka sudah hubungi kami, atau masih boleh hubungi.
 
"Kami tak mahu tulis skrip lama, kami tulis surat balik, dan mereka tak jawab. Ini kami dah lalui," katanya.  
 
Arutchelvan bagaimanapun berkata, partinya tetap terbuka jika PH selepas ini menghubungi mereka untuk memulakan rundingan bersabit soal kerusi. 
 
Ditanya sekiranya PH tidak melakukan seperti mana yang PSM harapkan, ujar Arutchelvan, ia tidak akan memberikan perbezaan pun kepada parti itu.
 
Beliau juga menambah, PSM walaupun bergerak secara solo namun parti itu tetap mempunyai 'jaringan' yang diyakini mampu membantu kemenangan di kerusi yang ditandingi mereka kelak.
 
 


Demikianlah Artikel Jika ikhlas, PH yang patut dekati PSM - Arutchelvan

Sekianlah artikel Jika ikhlas, PH yang patut dekati PSM - Arutchelvan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jika ikhlas, PH yang patut dekati PSM - Arutchelvan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/jika-ikhlas-ph-yang-patut-dekati-psm.html

Subscribe to receive free email updates: