Judul : NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI......
link : NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI......
NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI......
shahbudindotcom.
Najib Razak akhirnya tidak mampu lagi terus berdiam diri berhubung tangkapan demi tangkapan oleh SPRM sejak kebelakangan ini dengan mengingatkan penjawat awam agar tidak mengambil hak rakyat serta menjauhi gejala rasuah.
"Langkah yang diambil sehari dua ini oleh SPRM mengingatkan pada kita bahawa jangan ambil hak rakyat. Itu rakyat yang punya.
"Jangan ambil hak rakyat sebab kita buat peruntukan, program disediakan segala-galanya, bajet untuk rakyat. Kalau berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan," kata Perdana Menteri dalam perhimpunan bulanan JPM pagi tadi.
Hehehehe...macam-macam tafsiran kedengaran bila Najib berkata demikian.
Daripada orang besar-besar hingga penyepak kertas di kaki lima, semuanya hanya mampu senyum-senyum sambil mencebikkan bibir saja mendengarnya.
Ada yang memberi dua kerat pantun, "Mengata dulang paku serpih, diri sendiri lagi lebih" sebagai respon kepada kata-kata Najib itu.
Ada pula yang mengatakan Najib "telah menepuk dulang air sehingga basah memercik ke mukanya sendiri" bila mengingatkan penjawat awam menjauhi rasuah dan jangan mengambil hak rakyat.
Siapa penjawat awam?
Bukankah anggota pentadbiran kerajaan yang terdiri daripada ahli kabinet juga merupakan mereka yang bertanggungjawab dan berperanan kepada orang awam?
Bahkan oleh kerana kuasa yang lebih besar yang ada pada anggota pentadbitan kerajaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam perkara-perkara tertentu yang melibatkan dasar, program dan tender-tender besar, keutamaan menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat itu sebenarnya jauh lebih mustahak lagi bagi mereka.
Penjawat awam pula hanyalah menjadi penyampai atau pelaksana kepada dasar-dasar yang dilaksanakan itu.
Bermakna, dari segi tanggungjawab kepada orang awam atau rakyat dalam menjauhi rasuah serta tidak mengambil hak rakyat, kedua-duanya iaitu anggota pentadbiran dan kakitangan kerajaan biasa yang di bawah JPA, mempunyai tanggungjawab dan keutamaan yang sama untuk sama-sama mengelakkan diri daripada rasuah dan mengambil hak rakyat.
Kenapa hanya penjawat awam saja yang diberi ingatan, tetapi tidak kepada orang-orang politik yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan?
Apakah orang politik begitu suci dan bersih?
Dalam kes SRC International yang melibatkan mengalirnya wang RM42 juga ke akaun peribadi Najib misalnya, di mana beliau sendiri mengaku menerimanya tetapi mengatakan tidak tahu ia datang daripada syarikat tersebut, di mana hak rakyat telah diambil dalam perkara tersebut?
Tidakkah wang RM42 juta itu dikaitkan dengan pinjaman dana RM4 bilion daripada KWAP atau Kumpulan Wang Amanah Pencen yang diperolehi oleh SRC International melalui peranan yang dimainkan oleh Najib selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB?
Kalau penerima tidak diambil tindakan, bagaimana dengan pemberinya sedangkan ia melibatkan wang terkumpul orang-orang pencen yang boleh dimanfaatkan untuk perkara-perkara lebih besar dan berfaedah?
Sesuai dengan peringatan Najib agar "menjauhi rasuah dan jangan ambil hak rakyat" itu, tetapi kenapa sehingga ini dua Pengarah SRC International, Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin masih menghilangkan diri dan seolah-olah dilindungi?
Lagi pula, jika Najib mengatakan beliau tidak tahu wang yang diterimanya itu berpunca daripada SRC International dan menyangka ia adalah sebahagian daripada derma RM2,600 juta yang diterimanya daripada kerabat Diraja Arab, hujah itu seharusnya diadili oleh mahkamah, bukan di meja Peguam Negara?
Tidak hairanlah jika Bahri Mohd Zin, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM lebih sanggup bersara awal daripada terus menanggung dosa kepada 30 juta rakyat Malaysia.
"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri,saya rasa amat berdosa kalau saya masih berkhidmat kerana agama kita secara jelas melarang untuk cenderung kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderung pun tak boleh, apatah lagi terus berkhidmat."
Maka, kata-kata Najib pagi tadi sebenarnya langsung tidak bererti apa-apa.
Demikianlah Artikel NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI......
Sekianlah artikel NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI...... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NAJIB AKHIRNYA BERSUARA JUGA TAPI...... dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/najib-akhirnya-bersuara-juga-tapi.html