Judul : Penganjur himpunan 355 mesti patuh undang-undang- KPN
link : Penganjur himpunan 355 mesti patuh undang-undang- KPN
Penganjur himpunan 355 mesti patuh undang-undang- KPN
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Pihak polis berkata mereka hanya akan membenarkan 'Himpunan 355' diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Feb ini sekiranya penganjurnya mematuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Penganjur perlu mematuhi syarat seperti mendapatkan kebenaran pemilik tempat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar merujuk kepada perhimpunan yang dilapor di rancang oleh PAS.
"Jika mereka mematuhi semua syarat Akta Perhimpunan Aman, polis akan 'facilitate' (mudahkan), tapi jika mereka tidak patuhi syarat-syarat kita akan melarang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis serah terima tugas Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Pada majlis berkenaan SAC Shamsudin Mat dilantik sebagai Komandan Pulapol yang baru menggantikan Datuk Zahari Mohd Yusoff yang bersara wajib mulai esok.
Ditanya sama ada penganjur telah membuat permohonan, Khalid berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
PAS dilapor mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.
Demikianlah Artikel Penganjur himpunan 355 mesti patuh undang-undang- KPN
Sekianlah artikel Penganjur himpunan 355 mesti patuh undang-undang- KPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penganjur himpunan 355 mesti patuh undang-undang- KPN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/penganjur-himpunan-355-mesti-patuh.html