Dana Felda hilang: Shahrir dakwa kenyataan diputar belit

Dana Felda hilang: Shahrir dakwa kenyataan diputar belit - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dana Felda hilang: Shahrir dakwa kenyataan diputar belit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dana Felda hilang: Shahrir dakwa kenyataan diputar belit
link : Dana Felda hilang: Shahrir dakwa kenyataan diputar belit

Baca juga


Dana Felda hilang: Shahrir dakwa kenyataan diputar belit

Isma Web ·

Tan Sri Shahrir Abdul Samad. - Gamba fail NSTP/YAZIT RAZALI
Tan Sri Shahrir Abdul Samad. – Gamba fail NSTP/YAZIT RAZALI


Pada Sabtu lalu, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad dilaporkan telah mempersoalkan kemungkinan sejumlah RM4.3 bilion wang Felda hasil penyenaraian FGV telah hilang dan mungkin disalah belanja.

“Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh. Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

“Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan Felda…begitu sanjung peranan Felda…saya rasa mereka pun kecewa,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Tetapi semalam, Shahrir yang dilantik menggantikan Tan Sri Isa Samad bagaimanapun, mendakwa kenyataannya mengenai dana itu telah dipesongkan oleh beberapa portal berita.

Bernama melaporkan Shahrir menjelaskan bahawa tidak berlaku kehilangan dana berjumlah RM4.3 bilion di dalam agensi tersebut.

Katanya, beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara
.
“Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion, kita telah belanjakan RM1.7 bilion kepada peneroka Felda dengan setiap keluarga menerima bayaran sebanyak RM15,000.

“Baki sebanyak RM4.3 bilion pula antaranya dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka sebanyak RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883 juta, selain pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi,” dakwanya.

Katanya, sebanyak RM1.438 bilion telah digunakan bagi pembelian pelaburan hartanah yang merangkumi pembelian hartanah di Bukit Katil, Melaka (RM304 juta), Grand Borneo Hotel di Sabah (RM86 juta), Apartmen Perkhidmatan Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) selain pembelian saham Iris Corporation Berhad (RM110 juta).

Shahrir mendakwa nilai pelaburan RM1.438 bilion itu kebanyakannya melibatkan sektor perkhidmatan perhotelan sebagai pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan masa yang lama sebelum memberi pulangan.

Beliau berkata, Felda juga telah membeli semula Felda Technoplant Sdn Bhd dengan nilai RM38 juta dan sehingga kini jumlah kerugian yang ditanggung Felda adalah sebanyak RM108 juta melibatkan projek Transnovasi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Felda memutuskan untuk menjual sebuah hotel milik agensi berkenaan di London yang dibeli dengan harga RM548 juta pada 2012, dengan proses penjualan sedang dilaksanakan dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.



Demikianlah Artikel Dana Felda hilang: Shahrir dakwa kenyataan diputar belit

Sekianlah artikel Dana Felda hilang: Shahrir dakwa kenyataan diputar belit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dana Felda hilang: Shahrir dakwa kenyataan diputar belit dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/dana-felda-hilang-shahrir-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :