Judul : Kerjasama PAS-PPBM ditentukan Jumaat ini
link : Kerjasama PAS-PPBM ditentukan Jumaat ini
Kerjasama PAS-PPBM ditentukan Jumaat ini
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: PAS akan membuat keputusan bersabit kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jumaat ini, lapor Utusan Online.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan portal itu berkata, Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi penjelasan berhubung keputusan tersebut.
"Saya mengetuai pertemuan dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir awal bulan lalu dan seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat perlu mendengar sendiri penjelasan Presiden parti sekali gus membuat keputusan mengenai perkara itu.
"Langkah seterusnya adalah mengkaji tindakan susulan dalam Muktamar Tahunan PAS April ini sebelum Majlis Syura Ulama membuat keputusan muktamad," katanya.
Dalam pada itu menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak terikat dengan sebarang tempoh masa atau mana-mana pihak termasuk Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membuat keputusan berkaitan parti.
Katanya, tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS dan mana-mana parti lain bukan keputusan individu tetapi melibatkan perbincangan semua pihak di peringkat akar umbi hingga kepemimpinan tertinggi.
"Tahaluf siyasi itu juga akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa kerana ia boleh diputuskan pada bila-bila masa jika parti atau pihak berkaitan bertindak mengkhianati Pas.
"Jika Dr Mahathir mempersoalkan isu penyertaan PAS dalam pakatan pembangkang, kita memang tidak akan menyertainya semula. Jadi, tidak perlu memberi sebarang tempoh," jelasnya.
Dr Mahathir pada Sabtu lalu memberi tempoh sebulan kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan (PH) atau tidak.
Dr Mahathir dipetik sebagai berkata, walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Feb lepas, keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.
Bekas perdana menteri itu juga menyatakan kekesalannya ekoran keengganan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertemu dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan soal kerjasama ini dengan lebih lanjut.
Demikianlah Artikel Kerjasama PAS-PPBM ditentukan Jumaat ini
Sekianlah artikel Kerjasama PAS-PPBM ditentukan Jumaat ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerjasama PAS-PPBM ditentukan Jumaat ini dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/kerjasama-pas-ppbm-ditentukan-jumaat-ini.html