Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan

Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan
link : Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan

Baca juga


Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan

ASTRO AWANI

Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan
Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Firdaus Abdullah (gambar), 21, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah dompet milik Nur Damia Syahirah Rany. - Foto PDRM
 
PETALING JAYA: Seorang penganggur lelaki yang berpakaian wanita untuk mencuri di surau sebuah pusat beli-belah, yang menjadi tular minggu lalu, dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Atiqah Abd Karim@Husaini menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Firdaus Abdullah, 21, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah dompet milik Nur Damia Syahirah Rany, 22, di surau wanita di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Bandar Sunway, di sini pada 9.40 malam, 18 Feb lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

MESTI BACA: Identiti 'pencuri surau' terbongkar, rupanya bekas banduan menyamar wanita

Antara barangan yang terdapat di dalam dompet berkenaan adalah kad pengenalan, beberapa keping kad bank, kad akses kondominium, wang tunai bernilai RM408.30 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa.

Tertuduh yang baru sahaja selesai menjalani hukuman penjara dua minggu lalu atas kesalahan sama didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, seorang kakitangan pusat beli-belah itu ternampak seorang wanita mengambil dompet seorang jemaah wanita lain di surau tersebut.

Selepas ditahan, suspek yang disangka wanita itu rupa-rupanya merupakan seorang lelaki yang berpakaian wanita.

Hasil siasatan mendapati suspek telah mencuri dompet seorang jemaah wanita di dalam surau tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ilyani Mohd Tamam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.
 
"Tertuduh mencuri di tempat awam yang merupakan tempat ibadah, oleh itu saya pohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh," katanya.

Mohamad Firdaus yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia merupakan anak yatim dan tidak mempunyai anggota keluarga lain. -- Bernama

 


Demikianlah Artikel Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan

Sekianlah artikel Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki berpakaian wanita mencuri di surau dipenjara lapan bulan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/lelaki-berpakaian-wanita-mencuri-di.html

Subscribe to receive free email updates: