Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat

Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat
link : Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat

Baca juga


Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat

Harits Asyraf Hasnan
Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat
Badlisham berkata selain siasatan dalaman, satu laporan polis juga telah dibuat oleh MAHB bagi memastikan siasatan oleh polis juga dijalankan bagi mencari dalang disebalik penyebaran video tersebut - Foto Fail
 
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menjalankan siasatan dalaman terperinci susulan penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes kematian Kim Jong Nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali yang kecewa dengan kejadian tersebut menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya yang menyebarkan video tersebut.

Selain siasatan dalaman, satu laporan polis juga telah dibuat oleh MAHB bagi memastikan siasatan oleh polis juga dijalankan bagi mencari dalang disebalik penyebaran video tersebut.

BACA: Rakaman CCTV detik-detik akhir Kim Jong Nam disiar media antarabangsa

BACA: KPN: Dua suspek wanita bunuh Jong Nam terlatih

BACA: MAHB bertanggungjawab terhadap rakaman CCTV di klia2 - Nur Jazlan

"MAHB amat memandang berat isu pembocoran video CCTV tersebut dan kita telah membuat satu laporan polis supaya polis boleh menyiasat.

"Pada masa sama, kita (MAHB) telah melancarkan siasatan dalaman untuk melihat prosedur kalau video itu juga bocor melalui (kakitangan) MAHB, tapi buat masa ini kita masih tidak tahu lagi.

"Daripada rakaman tersebut kita lihat rakaman tersebut dibuat menggunakan kamera telefon bimbit, jadi biar siasatan berjalan dan jika kita ketahui siapa yang melakukannya, tindakan sekeras-kerasnya akan diambil," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Tambahnya, salinan video tersebut juga turut diserahkan kepada polis menerusi saluran yang betul.

Rakaman berdurasi 2.33 saat di KLIA2 itu disiarkan sebuah syarikat penyiaran asing dan tular di media sosial sejak Ahad lalu. 
 
 


Demikianlah Artikel Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat

Sekianlah artikel Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/penyebaran-cctv-klia2-mahb-bakal-ambil.html

Subscribe to receive free email updates: