Judul : Maut kejar peragut
link : Maut kejar peragut
Maut kejar peragut
ANTARAPOS.COMBACHOK: Tindakan berani seorang wanita mengejar peragut yang meragut begnya berakhir dengan tragedi apabila maut terlanggar tiang elektrik dalam kejadian di Kampung Pak Elong, Tangok, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi, mangsa, Siti Rohani Wahab, 54, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa yang berkerja sebagai pembantu tukang masak dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Telong, Kandis ke tempat kerja di kafe Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.
Katanya, seorang suspek yang menunggang motosikal secara tiba-tiba menghampiri dan terus menyambar beg duit Siti Rohani yang diletakkan di dalam raga motosikal Yamaha Lagenda yang dipandunya.
"Mangsa kemudian bertindak mengejar suspek sejauh kira-kira 800 meter.
"Dalam keadaan kelajuan tinggi itu, mangsa dipercayai tidak dapat mengawal motosikalnya sebelum terlanggar tiang elektrik," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, tadi.
Sehubungan itu, Din berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri untuk melawan penjenayah yang mungkin mengundang bahaya.
Katanya, polis akan menjalankan siasatan segera dan berharap dapat menangkap suspek dalam tempoh 24 jam.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Demikianlah Artikel Maut kejar peragut
Sekianlah artikel Maut kejar peragut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maut kejar peragut dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/maut-kejar-peragut.html