Tak perlu cium kaki PAS untuk dapat kerjasama, kata Zuhdi

Tak perlu cium kaki PAS untuk dapat kerjasama, kata Zuhdi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak perlu cium kaki PAS untuk dapat kerjasama, kata Zuhdi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak perlu cium kaki PAS untuk dapat kerjasama, kata Zuhdi
link : Tak perlu cium kaki PAS untuk dapat kerjasama, kata Zuhdi

Baca juga


Tak perlu cium kaki PAS untuk dapat kerjasama, kata Zuhdi

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS tidak pernah meminta atau mengharapkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) datang melutut mahupun mencium kaki pimpinan parti itu demi mendapatkan kerjasama pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 
Sebaliknya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki menyeru PPBM supaya jangan melutut kepada pimpinan DAP terutama Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng
 
"Setakat yang saya maklum tiada mana-mana pimpinan PAS yang minta pimpinan PPBM khususnya Tun Dr Mahathir mencium kaki pimpinan PAS. 
 
"Yang PAS nasihat ialah pimpinan PPBM dan Tun Dr Mahathir jangan melutut mencium kaki Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP," katanya kepada Antarapos menerusi aplikasi Whats App.
 
Semalam PPBM sekali lagi bertegas meletakkan tempoh sebulan kepada PAS untuk segera memutuskan samada mahu menjalin kerjasama pakatan pilihan raya atau tidak.
 
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, PPBM sudah buntu dalam mencari jalan memujuk PAS.
 
Malah menegaskan bahawa parti itu tidak akan merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS dalam merealisasikan kerjasama itu.
 
Dalam pada itu, Zuhdi berpendapat dalam PPBM ini terdapat dua kumpulan yang mempunyai pandangan berbeza mengenai kerjasama itu.
 
Jelasnya, ada pihak yang sangat mengharapkan kerjasama ini dan ada pihak yang menganggap ia sebagai 'jalan' untuk mendapat sokongan DAP dengan melakukan serangan ke atas PAS.
 
"Saya berpandangan, ada satu pihak dalam PPBM yang memang mengharapkan kerjasama dengan PAS dan ada satu pihak lain yang tidak mengharapkan kerjasama dengan PAS. 
 
"Pihak yang tidak mengharapkan kerjasama ini, akan jadikan PAS sebagai 'punching bag', dan mereka berharap dengan menyerang PAS ini, mereka akan meraih sokongan pengundi Cina yang bersama DAP," katanya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel Tak perlu cium kaki PAS untuk dapat kerjasama, kata Zuhdi

Sekianlah artikel Tak perlu cium kaki PAS untuk dapat kerjasama, kata Zuhdi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak perlu cium kaki PAS untuk dapat kerjasama, kata Zuhdi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/02/tak-perlu-cium-kaki-pas-untuk-dapat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :