BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi'

BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi'
link : BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi'

Baca juga


BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi'

MALAYSIAKINI


Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah meminta diadakan satu pertemuan dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan untuk membincangkan prinsip asas rundingan agihan kerusi untuk pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, permintaan itu dibuat ekoran parti itu tidak hadir di perjumpaan mengenai agihan kerusi di kalangan parti komponen HARAPAN semalam.

BERSATU, katanya, hanya memerlukan lebih sedikit masa bagi HARAPAN dan pemimpin tertinggi mereka membuat keputusan mengenai prinsip asas rundingan agihan kerusi sebelum perkara itu dibincangkan oleh jawatankuasa teknikal yang dianggotai semua parti berkenaan.

Urusetia Pakatan Harapan sedang mengatur pertemuan tersebut, yang akan diadakan tidak lama lagi, katanya.

Mukhriz juga berkata BERSATU telah menyediakan penyelidikannya sendiri mengenai pembahagian kerusi, yang akan dibincangkan dengan parti komponen HARAPAN.

Mengulas mengenai ketiadaan hadirian BERSATU semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata parti itu masih belum mengenal pasti kerusi yang mahu ditandinginya.

Beliau juga menambah bahawa BERSATU tidak akan mempunyai masalah untuk bersama dengan parti komponen HARAPAN dalam rundingan pusingan kedua.

Jawatankuasa mengenai rundingan agihan kerusi dianggotai oleh Mukhriz, Naib Presiden BERSATU, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Saifuddin dari PKR, Anthony Loke dari DAP dan Hatta Ramli dari AMANAH.

Mesyuarat itu tidak melibatkan PAS, yang telah berkeras bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.

PAS, bekas sekutu Pakatan Rakyat, akan membuat keputusan mengenai hubungannya dengan PKR dalam muktamar parti itu yang akan datang.



Demikianlah Artikel BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi'

Sekianlah artikel BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/bersatu-harapan-akan-bincang-prinsip.html

Subscribe to receive free email updates: