Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar

Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar
link : Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar

Baca juga


Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar

MALAYSIAKINI


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata berdasarkan kajian, peluang PAS untuk kekal di Kelantan bukan sahaja cerah, tetapi tidak mustahil jika parti itu menawan Putrajaya.

Sambil mengakui parti itu sedia bergerak sendirian dan bertanding di semua kerusi pada PRU14, katanya PAS juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan pertembungan lebih dua penjuru.

"Kita bersedia, kita akan lawan. Dua penjuru, tiga penjuru, malah lima penjuru pun kita tetap lawan. Kita bukan agah (sombong) tapi perjuangan dan matlamat kita jelas.

"Malah melalui kajian dibuat, peluang pas cerah untuk menang bukan hanya di Kelantan, malah tidak mustahil kita akan rampas Malaysia.

“Yang penting, kita kena istiqamah dan yakin dengan kuasa Allah SWT," katanya yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian ketika menyampaikan ceramah umum dan isu-isu semasa di Kampung Pangkal Jenereh, di Machang, malam, kelmarin.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kajian tersebut ataupun bila dan di mana ia dijalankan.

Pada ceramahnya itu, Mohd Amar, juga berkata PAS tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan Umno dan BN, termasuk isu kerajaan perpaduan yang masih dikaitkan dengan parti itu.

Menurutnya, dakwaan parti tertentu mengenai kerajaan perpaduan tersebut adalah tuduhan yang tidak berasas bagi menjatuhkan PAS semata-mata.

"Tuduhan tersebut bertujuan memburukkan-burukkan PAS dan menarik sokongan kepada parti mereka, sedangkan kerajaan gabungan itu tidak pernah dibincangkan.

"PAS tetap terus menjadi alternatif dan pesaing utama kepada Umno BN pada PRU akan datang. Kita akan lawan," katanya yang dipetik akhbar berkenaan.




Demikianlah Artikel Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar

Sekianlah artikel Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cerah di Kelantan, tak mustahil rampas Malaysia - Mohd Amar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/cerah-di-kelantan-tak-mustahil-rampas.html

Subscribe to receive free email updates: