Judul : Ekonomi gawat, asnaf fakir miskin bertambah
link : Ekonomi gawat, asnaf fakir miskin bertambah
Ekonomi gawat, asnaf fakir miskin bertambah
OLEH LIZAWATI MADFASHAH ALAM Seramai 46,500 keluarga di Selangor dikategorikan sebagai asnaf fakir dan miskin pada 2016, meningkat 2,207 keluarga, berbanding tahun sebelumnya.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, bilangan asnaf fakir yang menerima bantuan, pada tahun lalu adalah seramai 13,522 keluarga, manakala asnaf miskin pula 32,978 keluarga.
Katanya, jumlah asnaf fakir dan miskin, pada 2015 adalah 44,293 keluarga.
“Pada 2016, terdapat pertambahan penerima zakat ekoran berlakunya peningkatan kos sara hidup yang memberi kesan terutama terhadap golongan B40.
“Faktor lain termasuk penghijrahan warga negeri lain ke Selangor untuk mencari rezeki selain ramai yang kehilangan pekerjaan akibat banyak syarikat tutup,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor (LZS), di sini, hari ini.
Pada masa sama, Mohamad Adzib berkata, jumlah pengeluar zakat harta turut meningkat 4.5 peratus, pada 2016.
“LZS menyaksikan jumlah pengeluar zakat meningkat kepada 267,431, berbanding 256,001, pada tahun sebelumnya,” katanya.-AA-
Demikianlah Artikel Ekonomi gawat, asnaf fakir miskin bertambah
Sekianlah artikel Ekonomi gawat, asnaf fakir miskin bertambah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ekonomi gawat, asnaf fakir miskin bertambah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/ekonomi-gawat-asnaf-fakir-miskin.html