Judul : Bersih lancar ‘Kempen U’, ajak rakyat segera daftar undi
link : Bersih lancar ‘Kempen U’, ajak rakyat segera daftar undi
Bersih lancar ‘Kempen U’, ajak rakyat segera daftar undi
Oleh Aliff FikriPETALING JAYA: Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melancarkan ‘Kempen U’ bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia segera mendaftar sebagai pengundi.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kempen yang akan dijalankan sepanjang Mac ini mensasarkan lebih kurang empat juta rakyat tentang kepentingan mengundi.
“Mengundi adalah salah satu hak paling berkuasa bagi rakyat dalam sistem demokrasi, malah ia pendekatan yang boleh membawa perubahan dan memastikan suara mereka tidak terabai.
“Bersih menyarankan semua warga Malaysia agar tidak memandang ringan tanggungjawab ini dan mengambil langkah dengan mendaftarkan diri hari ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat Bersih, pagi ini.
Menurut Maria, ‘Kempen U’ merangkumi beberapa aktiviti lapangan seperti di pejabat-pejabat pos dan acara lain di seluruh negara bermula 25 Februari ini.
Jelas beliau, Bersih memilih Mac berikutan ia merupakan hujung suku tahun di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula memproses pendaftaran tersebut.
“Setiap pendaftaran baru akan memakan masa hampir enam bulan untuk memproses dan pewartaan dibuat, oleh itu 31 Mac merupakan hari terakhir untuk mendaftar sekiranya PRU diadakan pada September 2017.
“Objektif utama kempen ini adalah untuk menggalakkan rakyat untuk mendaftar sendiri di pejabat pos.
“Cuma mereka yang berdaftar sebelum 31 Mac 2017 boleh mengundi menjelang PRU 14, oleh itu adalah mustahak untuk mereka mendaftar secepat mungkin di pejabat pos terdekat,” tegas beliau.
Sehubungan itu, Bersih juga mengalukan SPR untuk turut sama menyertai kempen tersebut bagi memastikan setiap rakyat mendaftarkan diri secara sah.
“Jika SPR bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya, kami mengalu-alukan mereka untuk bekerjasama dalam usaha ini,” kata Maria.
Demikianlah Artikel Bersih lancar ‘Kempen U’, ajak rakyat segera daftar undi
Sekianlah artikel Bersih lancar ‘Kempen U’, ajak rakyat segera daftar undi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bersih lancar ‘Kempen U’, ajak rakyat segera daftar undi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/bersih-lancar-kempen-u-ajak-rakyat.html