Judul : SL1M: Helah Najib sembunyi masalah pasaran pekerjaan – Rafizi
link : SL1M: Helah Najib sembunyi masalah pasaran pekerjaan – Rafizi
SL1M: Helah Najib sembunyi masalah pasaran pekerjaan – Rafizi
KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Cubaan Datuk Seri Najib Razak mengugut syarikat-syarikat swasta untuk mengambil graduan yang menganggur melalui Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bertujuan melepaskan tanggungjawab beliau dan menyembunyikan hakikat sebenar mengenai lambakan graduan menganggur disebabkan masalah pasaran pekerjaan.Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, statistik pasaran kerja menunjukkan lebih ramai graduan dan rakyat Malaysia keseluruhannya menganggur di bawah pentadbiran Najib.
Perdana Menteri dilaporkan memberi amaran agar syarikat senaraian awam mengambil bahagian di dalam SL1M jika tidak mahu berdepan kesukaran mendapatkan kontrak besar dari kerajaan di masa akan datang.
SL1M adalah hasil projek 1Malaysia yang dilancarkan oleh Najib untuk membantu graduan berijazah yang menganggur dengan menempatkan mereka di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui skim perintis dengan bayaran elaun sekitar RM1,500 sebulan.
“Program-program seperti SL1M yang dipasarkan oleh pasukan propaganda Datuk Seri Najib sebagai bukti keprihatian beliau dengan kesusahan golongan muda sebenarnya menyembunyikan hakikat sebenar pasaran pekerjaan di negara ini di bawah pentadbirannya,” kata Rafizi pada kenyataan.
Beliau mengemukakan statistik Jabatan Buruh yang menunjukkan jumlah penganggur keseluruhan di negara ini di antara Mac 2013 hingga November 2016.
Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia yang menganggur dalam tempoh tiga tahun setengah telah meningkat sebanyak 16% dari seramai 439,600 pada Mac 2013 kepada 510,700 pada November 2016.
“Statistik ini disiarkan setiap bulan dan adalah fakta yang paling kukuh bahawa rakyat biasa sedang mengalami kesusahan kerana semakin hari semakin ramai yang hilang pekerjaan,” ujar beliau.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Najib perlu membetulkan pentadbiran ekonomi terlebih dahulu agar lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan gaji setimpal dengan kelulusan dapat diwujudkan oleh ekonomi Malaysia.
Beliau juga turut menyokong sebarang usaha untuk mengurangkan jumlah pengangguran di negara ini, dan menegaskan adalah sangat penting untuk memberi tumpuan kepada sebab utama pengangguran berlaku.
“Saya akan mula memperjuangkan isu-isu bersabit peluang pekerjaan rakyat bermula hari ini untuk memastikan masalah pengangguran yang semakin meruncing ini dapat ditangani segera,” kata Rafizi.
Demikianlah Artikel SL1M: Helah Najib sembunyi masalah pasaran pekerjaan – Rafizi
Sekianlah artikel SL1M: Helah Najib sembunyi masalah pasaran pekerjaan – Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SL1M: Helah Najib sembunyi masalah pasaran pekerjaan – Rafizi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/sl1m-helah-najib-sembunyi-masalah.html