Judul : PAS hanya kejar populariti, kata Zuraidah Kamaruddin
link : PAS hanya kejar populariti, kata Zuraidah Kamaruddin
PAS hanya kejar populariti, kata Zuraidah Kamaruddin
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
KUALA LUMPUR: Sikap PAS yang gemar membuat kenyataan kononnya sedang mengadakan rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya sekadar mengejar populariti.
Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata beliau enggan mengambil kisah perkembangan rundingan PAS-PPBM, kerana ia tidak menyumbang kepada prinsip 'satu lawan satu' pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Ada banyak kenyataan yang saya rasa ia adalah untuk mendapatkan populariti politik.
"Saya tidak ambil kisah tentang mereka (PAS) yang mahukan populariti dengan kenyataan itu, dan ia tak akan dapat membantu untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dan menang dalam PRU14," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Reaksi Zuraidah menyusul selepas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu akan memutuskan hubungan dengan PPBM jika benar ia menyertai Pakatan Harapan (PH).
Kelmarin Dr Mahathir mengesahkan partinya menyertai PH, untuk bersama PKR, DAP dan Amanah demi mendepani Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Bagaimanapun bekas perdana menteri itu mahu gabungan berkenaan menukar namanya bagi mendapatkan kesesuaian, selain keperluan untuk logo, simbol dan manifesto yang sama.
Malah pembangkang juga digesa mewakili satu calon sahaja untuk berdepan dengan BN dalam pilihan raya depan
Demikianlah Artikel PAS hanya kejar populariti, kata Zuraidah Kamaruddin
Sekianlah artikel PAS hanya kejar populariti, kata Zuraidah Kamaruddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS hanya kejar populariti, kata Zuraidah Kamaruddin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/pas-hanya-kejar-populariti-kata.html