Tiada Lagi Rundingan Dengan PPBM – Naib Presiden PAS

Tiada Lagi Rundingan Dengan PPBM – Naib Presiden PAS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Lagi Rundingan Dengan PPBM – Naib Presiden PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Lagi Rundingan Dengan PPBM – Naib Presiden PAS
link : Tiada Lagi Rundingan Dengan PPBM – Naib Presiden PAS

Baca juga


Tiada Lagi Rundingan Dengan PPBM – Naib Presiden PAS

KUALA LUMPUR – Nampaknya cubaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bekerjasama dengan Pas tinggal harapan.


Ini kerana sebarang rundingan untuk bekerjasama dengan PPBM dengan Pas kini dianggap sudah berakhir selepas mereka membuat keputusan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Pendirian itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mengatakan tidak ada lagi perbincangan dengan untuk bekerjasama selepas PPBM mengumumkan keputusan mereka semalam untuk bersama PH dibawah satu logo dan gabungan.

“Kalau itulah keputusan rasminya, kita terpaksa membuat keputusan untuk tiada lagi hubungan dengan PPBM.

“Kerana itu, tidak ada lagi perbincangan untuk terus bersama dan ia dianggap sudah selesai,” kata beliau dipetik dalam laman portal selepas selesai mesyuarat Exco di Kelantan hari ini.

Menurut Mohd Amar, Pas tidak memaksa PPBM untuk membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan mereka atau PH, bagaimanapun berharap PPBM tidak menyerang mereka apabila memilih gabungan pembangkang tersebut.

“Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita.

“Sama ada dia (PPBM) nak adakan hubungan dengan PH, itu hak mereka. Tapi jangan bersama PH untuk menyerang kita,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin menegaskan parti itu bakal membuat penelitian semula terhadap rundingan kerjasama politik dengan PPBM.

Sementara itu, Mohd. Amar berkata Pas sudah membentuk blok ketiga pembangkang yang dikenali Gagasan Sejahtera.

Jelas beliau, gerakan ini bakal dilancarkan secara rasminya pada muktamar parti itu pada 29 April ini.
Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumunkan mereka akan menyertai pakatan yang dianggotai DAP, PKR serta PAN. – MalaysiaGazette

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel Tiada Lagi Rundingan Dengan PPBM – Naib Presiden PAS

Sekianlah artikel Tiada Lagi Rundingan Dengan PPBM – Naib Presiden PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Lagi Rundingan Dengan PPBM – Naib Presiden PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/03/tiada-lagi-rundingan-dengan-ppbm-naib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :