Anak Tajuddin pula tuduh polis tak adil

Anak Tajuddin pula tuduh polis tak adil - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Tajuddin pula tuduh polis tak adil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Tajuddin pula tuduh polis tak adil
link : Anak Tajuddin pula tuduh polis tak adil

Baca juga


Anak Tajuddin pula tuduh polis tak adil

 
Ketua Pemuda Umno bahagian Pasir Salak, Dr. Faizal Tajuddin menuduh polis sebagai tidak adil kerana tidak menjalankan siasatan yang sepatutnya ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang melemparkan perkataan kesat pada bapanya.

"Ya, saya kata polis tidak adil dalam kes ini. Saya buat laporan polis ke atas Khalid (oleh itu) kenapa polis tidak menjalankan siasatan sewajarnya.

"Ketua polis daerah (OCPD) kata ia jenayah fitnah, memalukan, menjatuhkan maruah, mencetus provokasi awam, kenapa begini? Adakah kerana Khalid ahli Parlimen (dan) kita orang biasa sahaja," soal beliau.

"Saya diberitahu kes itu diletakkan sebagai NFA (tiada tindakan selanjutnya), kenapa orang yang memprovokasi dengan kata-kata dilepaskan, tidak ada siasatan," tambah beliau semasa sidang akhbar di Parlimen.

Tuduhan Faizal itu muncul di sebalik aduan Khalid hari ini yang mahu Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mencabar semula keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ke atas lapan individu yang merusuh dan cuba menyerangnya di Parlimen di bawah akta lain.

Ini kerana kata Khalid, lapan individu berkenaan hanya didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100.

“Saya dah hantar surat pada Tan Sri Pandikar, memandangkan beliau bertanggungjawab menjaga ahli Parlimen dan institusi Parlimen. Saya sangat berharap agar Tan Sri mencabar kembali keputusan pejabat AG dalam keputusan ini.

“Dalam nama mempertahankan kemuliaan parlimen, dia (Pandikar) sebagai speaker, seharusnya mereka (perusuh) di dakwa bawah 124 Kanun Keseksaan, kerana digubal khas di parlimen ini untuk menjaga ahli parlimen.

“Oleh itu, jika pejabat AG masih berkeras untuk mendakwa seremeh itu, maka saya menganggap pejabat Tan Sri (speaker) bertanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan berkenaan mengikut bidang kuasa Tan Sri sebagai speaker parlimen,” kata Khalid dalam sidang media di parlimen.

Serangan tersebut didakwa berlaku tiga hari selepas berlakunya pertikaman lidah antara Khalid dan bapa Faizal yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu melabelkan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “kok”.

Semasa siasatan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, semalam, lapan individu berkenaan didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pertuduhan tersebut dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan apabila tindakan jenayah dilakukan oleh beberapa orang dengan niat yang sama, mereka bertanggungjawab terhadap tindakan itu mengikut cara yang sama seperti perbuatan itu berseorangan.

Sementara itu, Faizal berkata, beliau akan menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi meminta kedua-duanya membuka semula kes terhadap Khalid.

Bagi insiden membabitkan Khalid, Faizal berkata, beliau dan sekumpulan 30 orang mendepani Khalid kerana melemparkan kata-kata kesat terhadap Tajuddin.

Berdasarkan itu, jelas beliau, kelapan-lapan mereka tidak akan mengaku bersalah dan bertekad untuk melawan kes sehingga ke Mahkamah Persekutuan.



Demikianlah Artikel Anak Tajuddin pula tuduh polis tak adil

Sekianlah artikel Anak Tajuddin pula tuduh polis tak adil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Tajuddin pula tuduh polis tak adil dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/anak-tajuddin-pula-tuduh-polis-tak-adil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :