Judul : FAM sudah ada calon ganti Gomez
link : FAM sudah ada calon ganti Gomez
FAM sudah ada calon ganti Gomez
ANTARAPOS.COM
KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengenal pasti beberapa calon jurulatih luar yang berminat untuk memikul tanggungjawab selaku pengendali skuad Harimau Malaya.
Bagaimanapun, presidennya, Tunku Ismail enggan terburu-buru dalam membuat keputusan terutama selepas persatuan itu kini berdepan dengan kekangan kewangan namun tetap mahukan individu yang terbaik sebagai jurulatih skuad kebangsaan.
"Kita sudah berjumpa dengan beberapa calon yang berminat dan menerangkan kepada mereka mengenai perancangan dan projek yang kita mahu sasarkan.
"Mereka faham apa kehendak dan sasaran kita dan pengendali skuad bawah 23 tahun Australia, Josep Gombau juga berminat namun ketika ini, dia masih terikat dengan komitmen bersama pasukan itu.
"Tetapi kita melihat kepada perancangan bagi jangka panjang. Apapun, mungkin dalam beberapa minggu lagi, kita akan dapat keputusannya," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO FAM kali pertama bagi penggal 2017-2021 di sini, hari ini.
BH Sukan sebelum ini melaporkan FAM bersedia untuk mencari alternatif lain bagi jawatan jurulatih skuad kebangsaan selepas gagal meraih kata sepakat berkaitan kontrak dan gaji bersama calon utama mereka yang juga bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez.
Mengulas lanjut mengenai pelantikan pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan, Tunku Ismail kini menyerahkan keputusan di tangan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
"Terpulang kepada KFA untuk melepaskan dia (Cheng Hoe) dan terserah juga kepada dia untuk datang kepada kita. Keputusan terletak di tangan dia sama ada mahu menyertai kami ataupun tidak.
"KFA juga sudah memohon masa kepada kita berhubung perkara ini. Apa yang jelas, kita mahukan jurulatih tempatan yang terbaik dan Cheng Hoe adalah individu terbabit," katanya.
Demikianlah Artikel FAM sudah ada calon ganti Gomez
Sekianlah artikel FAM sudah ada calon ganti Gomez kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel FAM sudah ada calon ganti Gomez dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/fam-sudah-ada-calon-ganti-gomez.html