Husam masih berharap PAS akan sertai Pakatan Harapan

Husam masih berharap PAS akan sertai Pakatan Harapan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Husam masih berharap PAS akan sertai Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Husam masih berharap PAS akan sertai Pakatan Harapan
link : Husam masih berharap PAS akan sertai Pakatan Harapan

Baca juga


Husam masih berharap PAS akan sertai Pakatan Harapan

 
Husam Musa berkata, puak 'rasional' dalam PAS mungkin menang pada muktamar akan datang dan parti Islam itu mungkin menyertai semula pakatan pembangkang.


husam-musa_pas_pakatan_600


SHAH ALAM: Datuk Husam Musa tidak menolak kemungkinan PAS menyertai Pakatan Harapan semula, walaupun parti Islam itu sudah mengumumkan tidak akan berbuat demikian dengan adanya DAP dan Amanah dalam pakatan berkenaan.

Disebabkan masih ada puak “rasional” dalam parti itu, bekas naib presiden PAS itu berharap puak berkenaan dapat mengambil alih pucuk pimpinan parti selepas muktamar pada akhir bulan ini dan seterusnya membuka jalan kepada kemungkinan itu.

“Masih ada harapan, tetapi mereka (PAS) perlu berunding dengan PH secara keseluruhan dan bukan hanya komponennya,” kata adun Salor itu pada sebuah majlis dialog semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun PAS memutuskan hubungan dengan DAP disebabkan isu hudud dan Amanah – parti serpihan PAS yang terdiri daripada bekas ahli daripada puak profesional parti Islam itu – ia terus mengekalkan hubungan dengan PKR, khasnya dalam kerajaan Selangor. Ketiga-tiga parti itu sebelum ini sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

Husam yakin pertandingan 1 lawan 1 antara Barisan Nasional dan pembangkang akan berlaku di Kelantan kerana pertembungan pelbagai penjuru memudaratkan PAS yang akan menghadapi risiko kehilangan kuasanya di negeri Pantai Timur itu.

“Ia seperti membunuh diri bagi PAS dalam pertarungan 3 penjuru.

“Tetapi, jika mereka memilih untuk berbuat demikian, kita tidak boleh berbuat apa-apa, tetapi melihat mereka jatuh dan bersimpati dengan mereka,” katanya sambil menambah PAS mempunyai pilihan sama ada untuk bekerjasama dengan BN atau PH untuk memastikan pertandingan 1 lawan 1.

Dalam perkembangan berasingan, Husam berkata, undang-undang perlu dipinda untuk membolehkan perdana menteri didakwa dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan kuasa.

“Rakyat mahu mekanisme konkrit untuk membendung sebarang penyalahgunaan kuasa. Kita perlu membuat PM bertanggungjawab kepada Parlimen,” katanya ketika ditanya mengenai had tempoh bagi jawatan perdana menteri.

Beliau berkata, mengehadkan jangka masa untuk jawatan itu tidak akan menjamin penyalahgunaan kuasa tidak berlaku



Demikianlah Artikel Husam masih berharap PAS akan sertai Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Husam masih berharap PAS akan sertai Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Husam masih berharap PAS akan sertai Pakatan Harapan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/husam-masih-berharap-pas-akan-sertai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :