Hashim Jasin rosakkan imej PAS - Mahfuz

Hashim Jasin rosakkan imej PAS - Mahfuz - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hashim Jasin rosakkan imej PAS - Mahfuz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hashim Jasin rosakkan imej PAS - Mahfuz
link : Hashim Jasin rosakkan imej PAS - Mahfuz

Baca juga


Hashim Jasin rosakkan imej PAS - Mahfuz

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Datuk Mahfuz Omar tidak terkesan dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang menganggap beliau bukan lagi ahli parti itu.  
 
Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebaliknya berkata, kenyataan Hashim itu bagaimanapun telah merosakkan imej PAS itu sendiri pada pandangan umum.
 
"Terima kasih kepada Ustaz Hashim nak kata apa pun saya tidak terkesan apa-apa, cuma saya agak risau ialah kenyataan Ustaz Hashim itu boleh memburukkan imej PAS," katanya kepada Antarapos. 
 
Hashim yang dipetik sebuah portal semalam berkata, Mahfuz tidak lagi dianggap sebagai ahli PAS selepas beberapa siri tindakan pemimpin itu yang bertentangan dengan pendirian parti, termasuk menyertai ceramah anjuran Amanah, parti serpihan PAS.  
 
Terbaru, Mahfuz membidas tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang 'mendiamkan diri' mengenai penangguhan sesi perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 2016 atau Akta 355 oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Jumaat lalu.
 
Hashim juga berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Mahfuz sebelum sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
 
Mengulas mengenai hal itu, Mahfuz menyifatkannya sebagai satu perkara yang tidak wajar. 
 
"Dia tidak boleh dilihat interfere (masuk-campur), campur tangan dalam urusan orang lain sebab dia adalah tempat rayu, tempat orang yang nak diambil tindakan itu membuat rayuan, jadi kalau dia dah pastikan pihak lain ambil tindakan jadi nak rayu dekat dia, tiada, justeru tiada proses keadilan," kata beliau.
 
Tambah bekas Naib Presiden PAS itu, sebarang tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dalam parti.
 
"Ustaz Hashim kena sedar dia adalah orang tertinggi di dalam parti iaitu Masjlis Syura, jadi Mursyidul Am dan yang paling tinggi Muktamarlah, tapi selepas Muktamar tu maknanya dia lah (Majlis Syura) iaitu Mursyidul Am."
 
"Bila dia kata begitu, ini membina persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dalam parti iaitu Majlis Syura yang diketuai oleh Mursyidul Am ni iaitu Ustaz Hashim, beliau sudah masuk campur jawatankuasa disiplin atau jawatankuasa PAS pusat sebab urusan tindakan disiplin, tatatertib ni kepada mana-mana orang pun, dia adalah di bawah jawatankuasa disiplin, tatatertib atau di bawah jawatankuasa PAS pusat".
 
"Orang boleh mengadu kepada PAS pusat, PAS pusat serah kepada jawatankuasa disiplin, jawatankuasa disiplin boleh mengambil tindakan, kemudian maklumlah. Jadi, ambil tindakan kepada mana-mana orang ataupun saya contohnya. Ambil tindakan pecat atau sebagainya, jadi saya boleh merayu kepada jawatankuasa PAS pusat," ulas Mahfuz lagi. 
 
Mahfuz juga mengulangi bahawa beliau masih sayang kepada PAS, justeru tegasnya segala kritikan yang diberikan kepada parti adalah kritikan yang membina dan bertujuan untuk memperbaiki PAS.
 
"Bagi saya itu bukan kritikan membabi buta, itu kritikan untuk memperbaiki PAS. Teguran, kritikan, perbezaan pendapat dan sebagainya untuk memperbaiki PAS dan juga melihat kepada masa depan PAS itu sendiri," katanya lagi
 
 


Demikianlah Artikel Hashim Jasin rosakkan imej PAS - Mahfuz

Sekianlah artikel Hashim Jasin rosakkan imej PAS - Mahfuz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hashim Jasin rosakkan imej PAS - Mahfuz dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/hashim-jasin-rosakkan-imej-pas-mahfuz.html

Subscribe to receive free email updates: