Tak perlu Institut Pemikiran Tok Guru yang kedua - Nik Adli

Tak perlu Institut Pemikiran Tok Guru yang kedua - Nik Adli - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak perlu Institut Pemikiran Tok Guru yang kedua - Nik Adli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak perlu Institut Pemikiran Tok Guru yang kedua - Nik Adli
link : Tak perlu Institut Pemikiran Tok Guru yang kedua - Nik Adli

Baca juga


Tak perlu Institut Pemikiran Tok Guru yang kedua - Nik Adli

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menyanggah cadangan mewujudkan satu lagi Institut Pemikiran Tok Guru.
 
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap cadangan yang diusulkan exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Hussin semalam.
 
"Kerajaan (negeri) Kelantan sudah buat Institut Pemikiran Tok Guru, beritahu dia (Wan Ji) begitu," katanya ringkas kepada Antarapos, hari ini.
 
Untuk rekod kerajaan negeri Kelantan menubuhkan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di Kota Darul Naim yang berperanan sebagai sebuah pusat rujukan, latihan dan pengembangan dasar Membangun Bersama Islam.
 
IPTG juga turut dikenali sebagai pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D) untuk urusan pentadbiran Kelantan.
 
IPTG wujud selepas Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai menteri besar, malah Nik Aziz juga dilantik sebagai Penasihat dan Murabbi IPTG pada September 2013.
 
Wan Ji, yang juga bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor ketika menjadi salah seorang pembentang di Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz semalam menyifatkan Nik Aziz mempunyai corak politik yang unik, yang mana dapat membezakan musuh atau kawan dengan jelas.
 
Dalam seminar yang dianjurkan Amanah itu, Wan Ji juga berkata Nik Aziz berjaya memanfaatkan akal dalam agama dan politik, sekaligus berbeza dengan pembawaan PAS pada hari ini.
 
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Institut Pemikiran Tok Guru diwujudkan bagi meneruskan lagi gaya pemikiran bekas menteri besar Kelantan itu.
 
Sebelum ini keluarga Allahyarham Nik Aziz menyelar tindakan beberapa bekas pemimpin PAS yang menggunakan nama pemimpin itu untuk 'menghalalkan' tindakan mereka demi kepentingan politik, termasuk untuk menyertai Amanah, sebuah parti serpihan PAS.
 
Terbaru satu laporan polis dibuat keluarga berkenaan selepas Amanah menggunakan nama Nik Aziz dalam penganjuran Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Aziz di di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) semalam.
 
Nik Adli berkata keluarganya tidak pernah bersetuju nama almarhum bapanya digunakan untuk program berkenaan yang bertujuan mahu menarik lebih ramai orang menyertai Amanah.
 
Malah ujarnya, penggunaan nama itu dengan tidak mendapat persetujuan keluarganya telah memberi imej buruk kepada Allahyarham dan keluarga yang seolah-olah mengambarkan mereka menyokong perjuangan Amanah.
 
 


Demikianlah Artikel Tak perlu Institut Pemikiran Tok Guru yang kedua - Nik Adli

Sekianlah artikel Tak perlu Institut Pemikiran Tok Guru yang kedua - Nik Adli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak perlu Institut Pemikiran Tok Guru yang kedua - Nik Adli dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/04/tak-perlu-institut-pemikiran-tok-guru.html

Subscribe to receive free email updates: