5 nama gigih gagalkan rundingan BERSATU, PAS

5 nama gigih gagalkan rundingan BERSATU, PAS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 nama gigih gagalkan rundingan BERSATU, PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 nama gigih gagalkan rundingan BERSATU, PAS
link : 5 nama gigih gagalkan rundingan BERSATU, PAS

Baca juga


5 nama gigih gagalkan rundingan BERSATU, PAS

Alyaa Azhar


Selepas mesyuarat demi mesyuarat diadakan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti, rancangan itu akhirnya gagal menjadi kenyataan.

Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, berkata ada sekumpulan lima individu PAS yang bertanggungjawab menggagalkan rancangan itu.

Menganggap mereka sebagai "bekerja keras untuk Umno" Rais berkata mereka ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.

"Setiap kali kami membincangkan sesuatu, lima orang ini akan tampil sedaya upaya mempertikaikan apa yang sudah ditandatangani antara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (timbalan presiden PAS) dengan BERSATU.

"Sasaran mereka dihalakan kepada (Pengerusi BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini strategi mereka dan kita memang faham," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Rais mengingatkan, apa yang dilakukan kelima-lima pemimpin PAS itu adalah mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka.

Katanya, beliau yakin "sebahagian besar" akar umbi PAS tidak akan merelakan kerjasama PAS dan Umno berlaku.

Rasa diri lebih baik

Ketika dihubungi Nik Abduh berkata, kenyataan dibuat Rais itu sekadar rungutan dan cuba menyalahkan PAS apabila rundingan dengan BERSATU tidak berhasil.

"Dia sepatutnya bersedia mendengar penjelasan PAS bukannya hanya menyalahkan PAS dan pemimpin parti.

"Jika nak menjadi perancang BERSATU, dia perlu buat kerja dan bukannya merengek macam anak manja," katanya.

Empat lagi nama yang disebut Rais belum memberi reaksi kepada Malaysiakini yang menghubungi mereka untuk mendapatkan komen.

Rais bagaimanapun mengakui dia tidak bertemu dengan semua lima orang pemimpin PAS berkenaan kecuali Nik Abduh dan Ahmad Samsuri.

Dalam pertemua itu, katanya, beliau membangkitkan soalan sama ditanya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tanya - bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan parti seperti Umno apabila mereka tidak mewakili Islam?

"Tapi nampaknya mereka menampakkan diri mereka sebagai orang yang tahu politik lebih baik daripada kami. Mereka lupa parti kami diketuai seseorang yang mentadbir negara selama 22 tahun," katanya merujuk kepada Dr Mahathir.

Rais juga mendakwa lima nama yang disebutkannya itu memburuk-burukkan BERSATU namun pihaknya tetap meneruskan rundingan dengan PAS atas sikap memaafkan.

Katanya, ada harapan pada rundingan BERSATU - PAS dan ia disambut baik oleh beberapa pemimpin lain, termasuk Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali yang menghadirinya.

Mustafa adalah bekas setiausaha agung PAS dan pengarah pilihan raya parti itu sebelum tempatnya digantikan oleh Ahmad Samsuri baru-baru ini.



Demikianlah Artikel 5 nama gigih gagalkan rundingan BERSATU, PAS

Sekianlah artikel 5 nama gigih gagalkan rundingan BERSATU, PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 nama gigih gagalkan rundingan BERSATU, PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/5-nama-gigih-gagalkan-rundingan-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates: