Judul : BAWA ANAK KE CHINA, ADAKAH NAJIB TIADA PERASAAN MALU?
link : BAWA ANAK KE CHINA, ADAKAH NAJIB TIADA PERASAAN MALU?
BAWA ANAK KE CHINA, ADAKAH NAJIB TIADA PERASAAN MALU?
shahbudindotcom
Saya amat hairan apabila melihat Riza Aziz serta Ashman Najib yang duduk di belakang Najib Tun Razak di dalam satu majlis lawatan Perdana Menteri ke Hangzhou!!
Boleh Ketua Setiausaha Negera (KSN) beri pencerahan kepada 30 juta rakyat Malaysia apa jawatan dua budak ini dalam kerajaan?!
Adakah mereka berdua memegang sebarang jawatan kerajaan masakini kerana posisi kedudukan di dalam majlis tersebut seolah-olah mereka juga berjawatan tinggi dalam kerajaan?!
Dalam majlis tersebut mereka berdua kelihatan duduk di barisan kedua di belakang kerusi Najib Tun Razak.
Ketua Setiausaha Negara mesti beri pencerahan kepada keseluruhan rakyat Malaysia mengenai apa kepentingan Riza Aziz serta Ashman Najib yang turut serta dalam majlis tersebut?!
Adakah kos perbelanjaan mereka berdua yang mengikuti rombongan Perdana Menteri ke China ditanggung oleh kerajaan Malaysia?!
Kalau kos perbelanjaan Riza Aziz dan Ashman Najib ditanggung oleh pihak kerajaan; ini sudah bercanggah dengan undang-undang dan berlaku unsur-unsur 'conflict of interest' seterusnya salahguna kuasa.
Perbuatan Perdana Menteri ini amat tidak beretika!! Ahli keluarga sendiri diheret ke hulu dan hilir dalam urusan rasmi kerajaan.
Anak-anak Perdana Menteri tidak seharusnya berada dalam mesyuarat atau taklimat di antara kerajaan dengan kerajaan kerana mereka bukan pegawai kerajaan.
Kita juga mahukan Ketua Setiausaha Negara mengesahkan secara rasmi itu majlis apa?!
Ini satu 'precedent' yang tidak baik sama sekali dan tidak harus berulang kembali!!
Sepertimana yang diperkatakan tadi kedua-dua budak ini tiada kaitan serta tidak ada 'locus standi' dalam urusan kerajaan Malaysia.
Deklarasi Rakyat yang mewakili 1.4 juta orang penandatangan selaku pembayar cukai mohon pencerahan dan kenyataan rasmi oleh Ketua Setiausaha Negara dalam isu ini.
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
15 Mei 2017
Ulasan Blog - Jika kita perhatian tindakan Najib membawa anak-anaknya dalam lawatan rasmi ke luar negara ini bukanlah bukanlah kali pertama. Sebelum ini juga beliau pernah melakukan perkara yang sama.
Nampaknya Najib tidak ada "perasaan malu" langsung kepada 30 juta rakyat Malaysia. Bukan saja disebabkan mereka itu anak-anaknya yang tidak seharusnya terlibat atau dibawa dalam urusan rasmi kerajaan, bahkan juga kerana Riza Aziz dinamakan secara langsung dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman AS.
Maknanya, lagi anaknya itu dikaitkan dengan skandal 1MDB, lagi ghairah Najib mahu menunjuk-nunjuk beliau berani atau gembira membawa anaknya itu ke mana-mana.
Di mana agaknya "perasaan malu" Najib kepada pembayar cukai negara ini?
Apakah beliau ingat sebagai Perdana Menteri, beliau bebas melakukan apa saja di negara ini?
Selain KSN perlu menjelaskan perkara ini, yang paling penting ialah kita sebagai rakyat, pembayar cukai dan pengundi mesti menamatkan dengan segera kelakuan seorang Perdana Menteri yang tidak beretika dan tidak ada "perasaan malu" seperti ini.
Demikianlah Artikel BAWA ANAK KE CHINA, ADAKAH NAJIB TIADA PERASAAN MALU?
Sekianlah artikel BAWA ANAK KE CHINA, ADAKAH NAJIB TIADA PERASAAN MALU? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BAWA ANAK KE CHINA, ADAKAH NAJIB TIADA PERASAAN MALU? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/bawa-anak-ke-china-adakah-najib-tiada.html