Azmin nafi 4 ADUN PKR lompat parti

Azmin nafi 4 ADUN PKR lompat parti - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin nafi 4 ADUN PKR lompat parti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin nafi 4 ADUN PKR lompat parti
link : Azmin nafi 4 ADUN PKR lompat parti

Baca juga


Azmin nafi 4 ADUN PKR lompat parti

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SEPANG: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali hari ini menafikan dakwaan empat ADUN PKR bakal 'lompat' parti dan menubuhkan kerajaan campuran dengan dua ADUN Bebas.
 
Beliau berkata, ada pihak yang cemburu dan sekadar ingin membuat provokasi jahat susulan kejayaan dicapai kerajaan Pakatan Harapan di negeri Selangor.
 
"Ini hanya provokasi dan politik yang jahat dan tidak bertanggungjawab yang ingin mencetuskan ketidakstabilan di bawah kerajaan negeri Selangor,” katanya kepada wartawan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebentar tadi.
 
"Saya yakin dan gembira dengan kesemua ADUN Selangor yang telah memberikan khidmat terbaik dan mereka sentiasa tumpu soal kerja dan bukan bermain politik jahat seperti apa yang dilakukan oleh musuh-musuh kita.
 
Sejak akhir-akhir ini, desas-desus hangat bertebaran akan berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Selangor susulan keputusan Muktamar PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
 
Khabar angin itu menyebut kononnya empat ADUN Selangor daripada PKR akan keluar parti bersama dua lagi ADUN Bebas untuk membentuk kerajaan campuran yang baru, yang terdiri daripada PAS dan Umno.
 
Ia semakin bertiup kencang apabila dikhabarkan enam wakil rakyat berkenaan berkunjung ke Istana Selangor pada petang kelmarin bagi menghadap Sultan Selangor untuk menyatakan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail yang didakwa sebagai salah seorang daripada enam wakil rakyat tersebut kemudiannya menafikan perkara tersebut.
 
Selain Rodziah, nama-nama yang disebut adalah ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi; ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad dan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari.
 
Azmin dalam pada itu turut menyangkal dakwaan bahawa beliau akan menghadap Sultan pada Isnin ini.
 
“Ini spekulasi Umno yang desperate (terdesak)," katanya lagi.
 
 


Demikianlah Artikel Azmin nafi 4 ADUN PKR lompat parti

Sekianlah artikel Azmin nafi 4 ADUN PKR lompat parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin nafi 4 ADUN PKR lompat parti dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/azmin-nafi-4-adun-pkr-lompat-parti.html

Subscribe to receive free email updates: