Judul : Lelaki dibelasah gara-gara bunyikan hon bertalu-talu ketika solat Jumaat
link : Lelaki dibelasah gara-gara bunyikan hon bertalu-talu ketika solat Jumaat
Lelaki dibelasah gara-gara bunyikan hon bertalu-talu ketika solat Jumaat
ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Seorang lelaki dibelasah orang ramai ekoran tindakannya membunyikan hon secara bertalu-talu ketika solat Jumaat hari ini.
Dalam kejadian di Austin Perdana, Johor Bahru itu, difahamkan lelaki berkenaan yang memandu Toyota Camry membunyikan hon kerana kenderaannya terhalang oleh kereta lain yang diparkir di tepi jalan berhampiran dengan masjid.
Tindakannya yang terus membunyikan hon tanpa henti itu lantas mengundang rasa tidak puas hati jemaah masjid yang menyifatkannya sebagai tidak menghormati penganut Islam yang sedang beribadah.
Menerusi rakaman video yang tular itu, kelihatan jemaah masjid menyerang kereta tersebut menggunakan topi keledar dan kon bagi membalas sikap 'biadab' pemandu terbabit.
Lelaki itu kemudian memandu keretanya untuk cuba melarikan diri daripada diserang sehinggakan hampir melanggar orang ramai.
Ketika cuba keluar daripada keretanya, lelaki itu dibelasah jemaah masjid kerana cuba melarikan diri.
Video berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, dengan majoriti daripadanya menyelar sikap biadab pemandu berkenaan yang tidak peka dengan situasi ketika orang Islam sedang menunaikan ibadah.
Namun segelintir netizen turut menyifatkan tindakan jemaah yang menyerang dan membelasah pemandu itu sebagai keterlaluan.
Demikianlah Artikel Lelaki dibelasah gara-gara bunyikan hon bertalu-talu ketika solat Jumaat
Sekianlah artikel Lelaki dibelasah gara-gara bunyikan hon bertalu-talu ketika solat Jumaat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki dibelasah gara-gara bunyikan hon bertalu-talu ketika solat Jumaat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/lelaki-dibelasah-gara-gara-bunyikan-hon.html