Judul : Berhati-hati dengan SMS palsu guna nama Bank Negara
link : Berhati-hati dengan SMS palsu guna nama Bank Negara
Berhati-hati dengan SMS palsu guna nama Bank Negara
Bank Negara Malaysia berkata ia tidak akan meminta maklumat peribadi atau penjelasan melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, media sosial atau aplikasi mesej lain.
PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan SMS yangdidakwa dari bank pusat.
Dalam notis hari ini, BNM berkata ia sedar mesej tersebut mengarahkan pelanggan akses satu laman web yangmeminta maklumat peribadi mereka.
“Adalah dimaklumkan BNM tidak menghantar sebarang SMS dari 15888 (atau mana-mana pembekal perkhidmatan yang lain) yang mengatakan ‘Caj RM0.50 BNM, Bank memberikan 3% Subsidi. http://www.mybnm.net/ ‘.
“Pautan ini menghubungkan satu laman web palsu yang meminta anda untuk mengemaskini / mengesahkan identiti anda atau kelayakan perbankan anda.”
BNM menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan sebarang mesej yang boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa sindiket penipuan ini.
“BNM tidak akan meminta maklumat peribadi atau penjelasan melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, media sosial atau mana-mana aplikasi mesej,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di 1300-88-5465 atau e-mel bnmtelelink@bnm.gov.my untuk melaporkan atau bertanya mengenai SMS atau e-mel yang mencurigakan berkaitan BNM
Demikianlah Artikel Berhati-hati dengan SMS palsu guna nama Bank Negara
Sekianlah artikel Berhati-hati dengan SMS palsu guna nama Bank Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berhati-hati dengan SMS palsu guna nama Bank Negara dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/berhati-hati-dengan-sms-palsu-guna-nama.html