Judul : Peningkatan 434 % Bajet Pejabat Ketua Menteri Jadi Tular Di Media Sosial
link : Peningkatan 434 % Bajet Pejabat Ketua Menteri Jadi Tular Di Media Sosial
Peningkatan 434 % Bajet Pejabat Ketua Menteri Jadi Tular Di Media Sosial
Peningkatan secara mendadak bagi peruntukan kepada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah menjadi tular di media sosial.
Pada 2016, peruntukan kepada pejabat Ketua Menteri berjumlah RM161.59, namun meningkat sebanyak 434 peratus menjadi RM707.61 pada 2017.
Ia merupakan peruntukan terbesar untuk perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi belanjawan tahun 2017.
Memperkasakan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang termasuk membentuk pasukan media dan siber sudah diperkatakan Helen Ang sejak dari tahun 2011.
Memetik laporan Free Malaysia Today pada 12 Feb 2011, Helen mendedahkan bahagian komunikasi di pejabat Lim Guan Eng sangat kukuh yang aktif di media sosial.
Malah Chan Lilian, seorang petugas media di pejabat ketua menteri Pulau Pinang itu, pernah disiasat polis atas laporan menghasut dan baling batu sorok tangan.Selain memperkasakan ‘tentera maya’, Helen turut mendedahkan Guan Eng juga turut memperbesarkan ‘tentera darat’.
Ng Wei Aik, setiausaha politik Guan Eng, yang juga Adun Komtar, cukup terkenal di YouTube dengan kekasarannya. [Ataupun cuba Google nama ‘Wei Aik’ + ‘samseng’].
Manakala Jeffrey Chew, pegawai khas Guan Eng telah melemparkan ungkapan-ungkapan “serial spin messenger”, “parrots the same spin” dan “continuous attempts to undermine the Penang state government by deliberately distorting facts” terhadap seorang awam yang menulis Surat kepada Pengarang mengkritik ketua menteri itu.
Jeffrey juga menuduh seorang lagi penulis surat sebagai “BN cyber-trooper”, “devious and dishonest” dan “a BN virus and worm …”.
Sementara itu, Wong Kim Fei, setiausaha akhbar (II) kepada Guan Eng, pernah menuduh NST membohong – tuduhan yang dinafikan Nuraina Samad, pengarang urusan suratkhabar tersebut.
Yang saya sebutkan di atas hanya contoh pegawai-pegawai Guan Eng memberi respons secara rasmi. Mana tahu pula jika mereka ada bergiat di alam siber sebagai ‘Anonymous’ ataupun menggunakan nama-nama samaran.
Dari segi jumlah setiausaha akhbar serta petugas bahagian penerangan pejabat ketua menteri, agaknya Pulau Pinang betullah berada di tangga teratas berbanding negeri-negeri lain.
Kakitangan Guan Eng berpengkalan di Komtar, iaitu bangunan urustadbir kerajaan negeri. Mereka menerima gaji bulanan daripada kerajaan negeri dan dibiayai penggunaan segala kemudahan teknologi, komputer dan Internet mereka oleh pembayar cukai.
Adakah kerja parti DAP dan propaganda mengagung-agungkan seorang individu dipisahkan dari urusan rasmi negeri? Tidakkah orang ramai berminat untuk mengetahui secara terperinci apakah sebenarnya yang dibuat oleh sebegitu ramai kakitangan handpicked di pejabat ketua menteri itu dalam tugas-tugas harian mereka?
‘Tentera darat’ atau ‘DAPster Streetfighter’ diterjemahkan dengan ama rasmi sebagai Pasukan Peronda Sukarela Negeri Pulau Pinang (PPS).
PPS sebenarnya sudah ditubuhkan pada Mac 2009 atas inisiatif Ng Wei Aik, konco Tokong yang nombor satu.
Pasukan yang mempunyai kira-kira 4,000 ahli itu menerima peruntukan tahunan kerajaan negeri berjumlah RM1 juta setiap tahun.
Pengerusi PPS ialah Adun DAP merangkap exco negeri Phee Boon Poh — ucapannya tentang perkembangan terkini PPS boleh dibaca di portal rasmi kerajaan Pulau Pinang.
Timbul ura-ura skuad tersebut baru-baru ini diberikan ‘galakan’ oleh sektor swasta setelah rakyat marhaen semakin gusar dengan sikap Cocky dan Arrogant Tokong.
Dikhabarkan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah diarah untuk memberi kelulusan bagi kegiatan-kegiatan ahli skuad itu.
Demikianlah Artikel Peningkatan 434 % Bajet Pejabat Ketua Menteri Jadi Tular Di Media Sosial
Sekianlah artikel Peningkatan 434 % Bajet Pejabat Ketua Menteri Jadi Tular Di Media Sosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peningkatan 434 % Bajet Pejabat Ketua Menteri Jadi Tular Di Media Sosial dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/peningkatan-434-bajet-pejabat-ketua.html