Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP

Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP
link : Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP

Baca juga


Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP

MALAYSIA DATELINE

Sheikh Omar AliSheikh Omar Ali

Keputusan Pas memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR turut mendapat komen pemimpin muda DAP.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali menyifatkan PKR kini turut menjadi mangsa tabiat melabel Pas apabila majlis syura ulamak parti itu menuduh PKR  menentang sebahagian daripada agenda Islam yang dibawa Pas.

"Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang cukup berat. Nampaknya bukan sekadar DAP sahaja yang menjadi mangsa labelan Pas kononnya menentang Islam, rupanya PKR juga dihukum hal yang sama," ujarnya.

Bagaimanapun beliau tertarik dengan 'penghakiman' berbeza Pas terhadap situasi kerjasama parti itu dengan PKR di Selangor.
Menurut Sheikh Omar, dengan menggunakan istilah 'maslahah' sebagai alasan, pendirian Pas terhadap kedudukan perjawatan ahli dewan undangan negeri (Adun) parti itu dalam kerajaan negeri Selangor khususnya exco negeri tidak setegas keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.
"Hal ini membenarkan kenyataan yang pernah saya lontarkan pada 1 Mei lalu bahawa 'Tuhan bukanlah sekala-galanya bagi Pas saat bertembung soal kuasa'," katanya.

Tambah beliau, dengan menggunakan hujah apa sekalipun, sukar bagi Pas untuk berundur setelah merasai nikmat berada di tampuk kuasa.

"Masakan Pas mahu lepaskan jawatan-jawatan mereka dalam kerajaan negeri? Tidak mungkin.
"Pas tidak peduli semua ini biarpun bakal digelar 'muka tak malu', ibarat 'sudah ditalak, tapi masih mahu duduk serumah'!" ujarnya sinis.

Beliau bagaimanapun berkata, bola kini terletak di kaki Pakatan Harapan khususnya PKR untuk menilai dan membuat keputusan khususnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Bagi saya, usaha Pas mencucuk hidung Azmin bakal kita saksikan dalam percaturan parti itu memposisikan diri mereka sebagai 'kingmaker' menjelang PRU ke-14 yang kian hampir," ujarnya.



Demikianlah Artikel Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP

Sekianlah artikel Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kini PKR pula jadi mangsa 'melabel' Pas, kata DAP dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/kini-pkr-pula-jadi-mangsa-melabel-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :