Kuasai pengundi Melayu jamin menang PRU14

Kuasai pengundi Melayu jamin menang PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kuasai pengundi Melayu jamin menang PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kuasai pengundi Melayu jamin menang PRU14
link : Kuasai pengundi Melayu jamin menang PRU14

Baca juga


Kuasai pengundi Melayu jamin menang PRU14

ARIF ATAN

Dr Ismail SallehDr Ismail Salleh

Amanah Kedah berpendapat mana-mana blok politik yang mampu menguasai lebih 36 peratus segmen pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan berjaya mentadbir kerajaan negeri.

Pengerusinya, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, sokongan pengundi Melayu kepada BN pada masa ini juga merosot sekitar angka itu ekoran kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Dalam konteks Kedah ini, sebanyak mana gabungan itu mampu meraih undi Melayu lebih daripada 36 peratus maka dialah yang pemenang selain undi Cina yang tidak berubah kepada Pakatan Harapan.

"Saya yakin dengan masa yang masih ada (sebelum PRU14), undi Melayu beralih kepada Pakatan Harapan dan inilah memberi kemenangan kepada kita," ujarnya dalam forum 'Sebenaqnya Apa?' semalam.

Daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, sebanyak 20 kerusi dikuasai BN manakala Pas (8), PKR (4), DAP (2) manakala Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing satu kerusi.

Negeri Jelapang Padi itu mempunyai seramai 1.1 juta pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Disiarkan melalui Peduli Channel, Dr Ismail bagaimanapun mengakui Pas juga mesti berada dalam satu gabungan pembangkang untuk melawan BN.

"Itu terbaiknya tetapi hampir mustahil sebab Pas sudah menyatakan pendiriannya tidak mahu bersama Pakatan Harapan.

"Namun, tiga penjuru pun saya rasa masih memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan disebabkan peralihan undi Melayu ditambah adanya PPBM dalam menarik undi Melayu daripada Umno," tambahnya lagi.

Slot forum Siri II yang turut menampilkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundur, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Timbalan Pengerusi Amanah Kedah dimoderatorkan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Kedah, Abdullah Suady Ramadhan Mohd Nasir.



Demikianlah Artikel Kuasai pengundi Melayu jamin menang PRU14

Sekianlah artikel Kuasai pengundi Melayu jamin menang PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kuasai pengundi Melayu jamin menang PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/kuasai-pengundi-melayu-jamin-menang.html

Subscribe to receive free email updates: