PAS: DAP tak perlu sakit hati, kenyataan ‘kerja jahat’ hanya nasihat

PAS: DAP tak perlu sakit hati, kenyataan ‘kerja jahat’ hanya nasihat - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS: DAP tak perlu sakit hati, kenyataan ‘kerja jahat’ hanya nasihat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS: DAP tak perlu sakit hati, kenyataan ‘kerja jahat’ hanya nasihat
link : PAS: DAP tak perlu sakit hati, kenyataan ‘kerja jahat’ hanya nasihat

Baca juga


PAS: DAP tak perlu sakit hati, kenyataan ‘kerja jahat’ hanya nasihat

 
Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, kenyataan 'kerja-kerja jahat' yang dikeluarkan beliau pernah disebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan ditujukan kepada parti Islam itu sebelum ini.


salleh


PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor menasihatkan pemimpin DAP tidak perlu melenting dengan kenyataan parti Islam itu untuk kekal dalam kerajaan negeri Selangor bagi memastikan mereka “tidak membuat kerja jahat”.

Sallehen Mukhyi berkata, kenyataan yang dikeluarkan beliau itu pernah disebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan ditujukan kepada PAS sebelum ini.

“Ayat supaya DAP tidak buat jahat sebenarnya dulu dibuat Guan Eng, ketika menjawab soalan wartawan selepas DAP keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan mengisytiharkan gabungan itu dibubarkan.

“Guan Eng ketika itu menjawab tidak akan keluar daripada kerajaan negeri supaya PAS tidak buat kerja jahat di Selangor. Jadi, perlu untuk DAP kekal dalam kerajaan.

“Mereka (pemimpin DAP) tidak perlu sakit hati kerana perkataan itulah yang pernah dikeluarkan DAP kepada PAS,” katanya kepada FMT hari ini.

Sallehen sebelum ini dilaporkan berkata, mereka akan kekal dalam kerajaan negeri Selangor untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan memastikan DAP “tidak membuat kerja jahat”.

Sehubungan itu, beberapa wakil rakyat Selangor termasuk exco negeri itu daripada DAP, V Ganabatirau menggesa Sallehen mendedahkan “kerja jahat” yang didakwa dilakukan DAP sewaktu bersama dalam kepimpinan kerajaan.

“Apa kerja-kerja jahat yang pernah kami lakukan di negara ini? Sila senaraikannya dan bandingkan dengan apa yang Umno lakukan,” kata Ganabatirau dipetik Malaysiakini semalam.

Menjelaskan perkara itu, Sallehen berkata, beliau bukannya menuduh DAP melakukan perkara jahat kepada rakyat Selangor, sebaliknya ia sekadar peringatan kepada DAP.

“Saya tidak kata DAP telah buat jahat, ia supaya dia (DAP) tidak buat jahat. Tafsirannya pelbagai. Ayat itu mesti difahami.

“Biar kita sama-sama saling tegur-menegur dalam kerajaan. Kita ada semak dan imbang dalam kerajaan dan bukan bermakna DAP telah melakukan kerja jahat,” katanya.

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 hasil kerjasama DAP, PAS dan PKR selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.

Bagaimanapun, pakatan itu dibubarkan pada 2015 akibat perbalahan antara PAS dan DAP. Namun, kerajaan Selangor masih meneruskan kerjasama itu di bawah gabungan Pakatan Rakyat.



Demikianlah Artikel PAS: DAP tak perlu sakit hati, kenyataan ‘kerja jahat’ hanya nasihat

Sekianlah artikel PAS: DAP tak perlu sakit hati, kenyataan ‘kerja jahat’ hanya nasihat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS: DAP tak perlu sakit hati, kenyataan ‘kerja jahat’ hanya nasihat dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pas-dap-tak-perlu-sakit-hati-kenyataan.html

Subscribe to receive free email updates: