Judul : Laksana lima Lonjakan Transformasi Pekerja - PM
link : Laksana lima Lonjakan Transformasi Pekerja - PM
Laksana lima Lonjakan Transformasi Pekerja - PM
ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang giat melaksanakan lima Lonjakan Transformasi Pekerja bagi melahirkan pekerja yang kreatif dan inovatif serta membawa Malaysia memasuki gelanggang ekonomi maju berpendapatan tinggi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata lonjakan berkenaan termasuk mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dan golongan mudah terjejas serta mengoptimumkan modal insan, memperkukuh perancangan dasar dan sistem gaji.
Selain itu, mengupaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diterajui industri; memperkasa agensi penyedia perkhidmatan pekerjaan awam dan memperluas perlindungan keselamatan sosial.
Perdana Menteri berkata, beberapa langkah sudah dilaksanakan kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terbela iaitu dasar gaji minimum dan menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta rumah mampu milik.
"Untuk makluman, melalui pemeriksaan berkanun yang dijalankan ke atas 121,000 majikan mendapati sebanyak 98 peratus majikan mematuhi dasar gaji minimum dan dua peratus lagi diberi notis pematuhan," katanya ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2017 dengan tema "Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Yang turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Lebih 5,000 pekerja dari 200 kontinjen jabatan kerajaan dan swasta hadir pada sambutan berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memperuntukkan RM70 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tujuan pembayaran faedah kewangan Sistem Insurans Pekerja (SIP) pada 2018, sebagai tambahan kepada RM50 juta yang diperuntukkan pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).
"Kerajaan juga bercadang memperluaskan liputan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri secara berperingkat kepada kategori pekerjaan tidak formal lain seperti nelayan, petani, penjaja dan penggiat seni, berbanding hanya kepada pemandu teksi yang bekerja sendiri dan individu yang menjalankan pekerjaan seumpamanya," katanya.
Dalam usaha menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menganjurkan pameran kerja 'Job Fair @ UTC 2.0 2017' pada 20 Mei ini di 11 Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan empat JobsMalaysia di seluruh negara yang menawarkan 20,000 kekosongan jawatan oleh 300 majikan.
Demikianlah Artikel Laksana lima Lonjakan Transformasi Pekerja - PM
Sekianlah artikel Laksana lima Lonjakan Transformasi Pekerja - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Laksana lima Lonjakan Transformasi Pekerja - PM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/laksana-lima-lonjakan-transformasi.html