Nasrudin ikrar tidak ikut jejak langkah G18, jika tewas pemilihan PAS

Nasrudin ikrar tidak ikut jejak langkah G18, jika tewas pemilihan PAS - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasrudin ikrar tidak ikut jejak langkah G18, jika tewas pemilihan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasrudin ikrar tidak ikut jejak langkah G18, jika tewas pemilihan PAS
link : Nasrudin ikrar tidak ikut jejak langkah G18, jika tewas pemilihan PAS

Baca juga


Nasrudin ikrar tidak ikut jejak langkah G18, jika tewas pemilihan PAS

Oleh Shuhaniza Said, Ainor Rahim
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata sekalipun tewas dalam pemilihan untuk merebut jawatan naib presiden parti hari ini, beliau akan buktikan taat setianya pada parti, tidak seperti G18.
 
G18 merujuk kepada bekas pemimpin PAS, yang terdiri daripada golongan profesional yang bertindak keluar parti selepas tewas dalam pemilihan parti pada 2015.
 
"Mudah-mudahan bukan saya yang terpilih insya-Allah.. dengan itu saya akan buktikan kepada umum bahawa yang tak terpilih ini tidak sekali-kali akan ikut jejak langkah G18 sebagaimana dua tahun lalu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar PAS Pusat di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, di sini hari ini.
 
"Saya yang terima pencalonan naib presiden ini bukannya mempunyai maksud yang lain, tidak mahu merencatkan kemantapan gandingan pemimpin yang ada tapi atas semangat bersaing untuk lakukan kepada khidmat perjuangan Islam yang suci dan wujudkan demokrasi dalam parti," katanya lagi.
 
Kerusi jawatan naib presiden menyaksikan pertandingan empat penjuru pada pemilihan sempena muktamar kali ini. 
 
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh merupakan satu-satunya pencabar kepada penyandang jawatan itu, Idris Ahmad (Ahli Parlimen Bukit Gantang), Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (Timbalan Menteri Besar Kelantan ) serta Datuk Iskandar Samad (Pesuruhjaya PAS Selangor).
 
Dalam pada itu, Nasrudin turut menekankan keperluan untuk setiap negeri menubuhkan 'mujahid siber' bagi menyalurkan maklumat dan arahan kepimpinan kepada akar umbi.
 
"Ada negeri yang belum tubuhkan, tolong beri perhatian, mana negeri yang belum tubuhkan mujahid siber, harap selepas muktamar tolong buat demikian.
 
"Tapi mujahid siber jangan ambil tugas kepimpinan. Jangan ambil tugas 'leader'. Kita mujahid siber ini ialah melaksanakan apa yang diarahkan pimpinan dan diputuskan mereka untuk disampaikan kepada akar umbi.
 
"Mujahid siber ini tolong berperanan, kita bukan 'cybertrooper' musuh yang guna akaun palsu, atau nama ringkasan. Kita guna akuan yang betul tetapi dia pejuang alam maya. Itu namanya mujahid siber," kata beliau.
 
 


Demikianlah Artikel Nasrudin ikrar tidak ikut jejak langkah G18, jika tewas pemilihan PAS

Sekianlah artikel Nasrudin ikrar tidak ikut jejak langkah G18, jika tewas pemilihan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasrudin ikrar tidak ikut jejak langkah G18, jika tewas pemilihan PAS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/nasrudin-ikrar-tidak-ikut-jejak-langkah.html

Subscribe to receive free email updates: