Judul : MCA nafi latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China
link : MCA nafi latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China
MCA nafi latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China
MALAYSIAKINIKetua Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker menafikan pemimpin akar umbi parti itu dihantar ke China untuk menerima latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China (CPC).
Sebaliknya, Ti berkata mereka hanya mempelajari pengetahuan teknikal daripada parti itu.
Beliau berkata demikian selepas bekas diplomat, Dennis Ignatius dalam blognya melahirkan kebimbangan mengenai aktiviti MCA dengan CPC, termasuk menerima latihan pengkaderan.
"Walaupun butiran ITU masih tidak lengkap, adalah diketahui bahawa latihan pengkaderan adalah bahagian penting dalam metodologi indoktrinasi Parti Komunis China," katanya.
Ti, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan latihan di Akademi Kepimpinan Esksekutif China (CELAP) di Pudong, China itu tiada kaitan dengan idealogi politik.
"Langsung tak ada sama sekali sesuatu yang bersifat ideologi dalam mana-mana latihan. Tiada perbincangan mengenai politik antarabangsa, mahupun kursus politik serantau," kata Ti dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan bahawa China kini telah dimodenkan dari ekonomi berasaskan pertanian kepada berteknologi tinggi serta menjadi kuasa besar ekonomi.
"Pengajaran yang diajar oleh CELAP adalah semata-mata bersifat teknikal ..." kata Ti.
Beliau menambah bahawa latihan itu termasuk pengurusan krisis, perhubungan awam, kemahiran awam dan perbandaran kampung.
Ti menuduh Ignatius menjadi alat kepada parti pembangkang.
"Sebagai seorang pesara yang mendapat pencen dari kerajaan BN, mengapa Ignatius bernada sama dengan pembangkang dengan mengatakan MCA bertindak sebagai agen China?" soalnya.
Demikianlah Artikel MCA nafi latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China
Sekianlah artikel MCA nafi latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MCA nafi latihan indoktrinasi dari Parti Komunis China dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/mca-nafi-latihan-indoktrinasi-dari.html