Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin

Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin
link : Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin

Baca juga


Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin

Zulaikha Zulkifli   



Nasib PAS dalam kerajaan Selangor terutamanya melibatkan tiga exconya mungkin ditentukan malam ini ketika mesyuarat Biro Politik PKR.

Namun, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali tidak akan menghadiri mesyuarat tersebut kerana kini berada di luar negara.

Di Facebook dan Twitter, Azmin memberitahu beliau kini berada di Brussels, Belgium kerana mempunyai urusan berkaitan Invest Selangor.

Sehubungan itu, Malaysiakini telah cuba mendapatkan respon Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung ketidakhadiran Azmin, namun masih tidak berjaya.

Semalam, dalam sidang media, Saifuddin memberitahu mesyuarat Biro Politik PKR akan diadakan malam ini.

Saifuddin turut memberitahu, Azmin telah memaklumkan kepadanya tentang butiran pertemuan bersama pesuruhjaya PAS serta tiga exco Selangor yang berlangsung pada Jumaat lalu.

"Saya percaya perkara ini akan disampaikan (dalam mesyuarat Biro Politik)," kata Saifuddin.

Sementara itu, pada sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan, Ketua Setiausahanya Datuk Saifuddin Abdullah menyerahkan kepada Biro Politik PKR untuk menentukan nasib tiga exco PAS di Selangor.

Ditanya mengenai ketiadaan Azmin, Saifuddin Abdullah enggan mengulas lanjut dan meminta agar pertanyaan itu diajukan kepada setiausaha agung PKR.

Pada sidang media sama, Saifuddin Abdullah memberitahu, Pakatan Harapan masih terbuka untuk berbincang dengan parti pembangkang lain berhubung pengagihan kerusi pilihan raya umum.

Ditanya mengenai siapa parti pembangkang yang dimaksudkan, Saifuddin Abdullah berkata terdapat banyak parti pembangkang di Sabah, Sarawak dan di semenanjung.

"Ada banyak parti pembangkang di Sabah, Sarawak. Di semenanjung kita ada (Parti Sosialis Malaysia) PSM.

"Pakatan Harapan membuka ruang untuk rundingan (kerusi) dengan semua parti," katanya.
Ketika ditanya adakah ia termasuk PAS, Saifuddin hanya menjawab:

"Jika PAS masih mempertimbangkan mereka masih lagi pembangkang," katanya sambil ketawa.



Demikianlah Artikel Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin

Sekianlah artikel Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mesyuarat PKR putuskan nasib exco PAS tanpa Azmin dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/mesyuarat-pkr-putuskan-nasib-exco-pas.html

Subscribe to receive free email updates: