Judul : PKR setuju pendekatan Azmin jamin kestabilan Selangor
link : PKR setuju pendekatan Azmin jamin kestabilan Selangor
PKR setuju pendekatan Azmin jamin kestabilan Selangor
MALAYSIA DATELINEPKR bersetuju terhadap tindakan menteri besar Datuk Seri Azmin Ali mengekalkan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk tiga exco dari Pas di Selangor bagi menjamin kestabilan kerajaan negeri.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, biro politik PKR malam tadi telah mendengar taklimat daripada Azmin yang juga timbalan presiden PKR berhubung situasi di negeri Selangor ekoran keputusan Pas menamatkan kerjasama politik dengan parti itu.
"Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan Datuk menteri besar Selangor bahawa, walaupun mereka (Pas) bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari Pas telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan menteri besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.
"Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan menteri besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU14 dan meneruskan usaha membangunkan negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU13," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan parti itu di Ibu Pejabat PKR malam tadi.
Menurut Wan Azizah juga, PKR yakin terhadap kepimpinan Azmin untuk terus menerajui kerajaan negeri sebagai menteri besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negeri itu.
Tiga exco Pas di Selangor ialah Adun Chempaka, Iskandar Samad, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan Adun Sijangkang Ahmad Yunus Hairi.
Kelmarin Azmin dilihat mengadakan perbincangan bersama tiga exco Pas dan pesuruhjaya Pas Selangor di Sekinchan, sempena lawatan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke daerah berkenaan.
Bagaimanapun Sallehen dan Zaidy menafikan perbincangan itu berhubung kedudukan mereka di Selangor.
Demikianlah Artikel PKR setuju pendekatan Azmin jamin kestabilan Selangor
Sekianlah artikel PKR setuju pendekatan Azmin jamin kestabilan Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR setuju pendekatan Azmin jamin kestabilan Selangor dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pkr-setuju-pendekatan-azmin-jamin.html