Judul : PM puji Mat Over, David Teo duduk bersama
link : PM puji Mat Over, David Teo duduk bersama
PM puji Mat Over, David Teo duduk bersama
BERNAMAKehadiran dua penggiat seni, yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini, pada pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 di sini malam tadi menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang baru tujuh minit membentangkan laporan NTP, menjadikan penerbit filem Datuk David Teo dan pelawak Sulaiman Yasin atau Mat Over sebagai contoh semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat.
Sambil tersenyum memandang Teo dan Mat Over yang duduk di barisan hadapan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM), perdana menteri berkata: "Ni, depan saya ni, nampaknya saudara Mat Over pun hadir dan Mejar David Teo pun ada. Duduk sama-sama lagi...macam ni la bagus.
"Ini yang saya mahu sebagai PM (perdana
menteri) dan kerajaan hendak lihat rakyat kita bersatu-padu...barulah Malaysia akan berjaya," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin termasuk penjawat awam dan pekerja swasta, mahasiswa serta tetamu jemputan.
Turut hadir pada pembentangan NTP itu ialah pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor yang duduk di sebelah Teo.
Ketika membentangkan laporan NTP itu, Perdana Menteri turut meminta rakyat supaya menghindari pergaduhan dan sentiasa berbaik serta saling tolong-menolong supaya negara terus aman dan makmur.
Pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, Putrajaya minggu lepas, Mat Over menampar Teo yang didakwanya bersikap biadap di hadapan Najib.
Rosyam, yang bertindak sebagai moderator pada dialog itu, juga dikaitkan dengan insiden itu yang berakhir dengan sesi bermaafan di antara Teo dan Mat Over
Demikianlah Artikel PM puji Mat Over, David Teo duduk bersama
Sekianlah artikel PM puji Mat Over, David Teo duduk bersama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PM puji Mat Over, David Teo duduk bersama dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/pm-puji-mat-over-david-teo-duduk-bersama.html