Judul : Rombakan besar-besaran kontinjen polis Melaka
link : Rombakan besar-besaran kontinjen polis Melaka
Rombakan besar-besaran kontinjen polis Melaka
MALAYSIAKINISeramai 15 pegawai dan anggota kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka akan ditukarkan kerana terbabit dengan salah guna kuasa.
Portal Berita Harian Online memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata arahan pertukaran itu berkuat kuasa serta-merta susulan penahanan lapan pegawai dan anggotanya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk dua ketua polis daerah, baru-baru ini.
Menurut Khalid, rombakan itu, adalah fasa pertama dan langkah seterusnya akan dilakukan secara berterusan.
Khalid berkata, pihaknya memandang serius isu integriti dan tidak berkompromi dengan anggota yang melakukan kesalahan.
Katanya, siasatan dalaman turut dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) terhadap anggota yang tidak menjalankan tugas dengan betul.
"Setakat ini, JIPS sudah menahan 21 anggota membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan jabatan lain," katanya.
Pada 17 Mei lalu, SPRM menahan reman Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan Ketua Polis Daerah Jasin Sakri Yusoff serta seorang lagi pegawai polis berpangkat inspektor dari kontinjen negeri (IPK) Melaka.
Mereka adalah antara lebih 10 suspek yang disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
SPRM juga berjaya merampas wang tunai bernilai kira-kira RM800,000 dari stor rumah seorang koperal polis di Melaka.
Difahamkan, anggota polis terbabit meminta wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha pusat judi dan rumah urut haram di sekitar Melaka, malah turut memaksa pengusaha berkenaan membayar wang perlindungan kepada mereka.
Sementara suspek orang awam bertindak sebagai orang tengah bagi melicinkan proses pengutipan wang rasuah yang dibayar sebagai wang perlindungan bagi melindungi kegiatan-kegiatan haram yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha tersebut
Demikianlah Artikel Rombakan besar-besaran kontinjen polis Melaka
Sekianlah artikel Rombakan besar-besaran kontinjen polis Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rombakan besar-besaran kontinjen polis Melaka dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/rombakan-besar-besaran-kontinjen-polis.html