Judul : Syaitan’ atau kawan, musuh PH bererti musuh PKR
link : Syaitan’ atau kawan, musuh PH bererti musuh PKR
Syaitan’ atau kawan, musuh PH bererti musuh PKR
Pemuda PKR mengambil sikap serangan terhadap mana-mana parti komponen PH akan dianggap serangan terhadap PKR.
SHAH ALAM: Pemuda PKR berikrar serangan terhadap mana-mana parti komponen Pakatan Harapan akan dianggap serangan terhadap parti itu.
“Pakatan Harapan adalah gabungan PKR, DAP, Amanah dan PPBM. Siapa musuhi DAP, Amanah dan PPBM adalah musuh PKR.
“Tidak kisah syaitan yang kita kenali atau kawan lama kita, kita akan lawan habis-habisan pertahan Pakatan Harapan,” kata beliau dalam ucapannya di mesyuarat agung tahunan pemuda PKR di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam di sini hari ini.
Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini menetapkan kerjasama dengan PKR terbatal, selepas mesyuarat agung tahunan parti Islam itu sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan parti reformasi itu.
Pakatan Harapan kini dianggotai PKR; PPBM, yang ditubuhkan bekas pemimpin veteran Umno; Amanah, yang ditubuhkan bekas pemimpin veteran PAS; dan DAP.
Pakatan Harapan dijangka bertembung dengan Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera, yang dipimpin PAS, pada pilihan raya umum akan datang, terutamanya di Malaysia Barat.
Demikianlah Artikel Syaitan’ atau kawan, musuh PH bererti musuh PKR
Sekianlah artikel Syaitan’ atau kawan, musuh PH bererti musuh PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syaitan’ atau kawan, musuh PH bererti musuh PKR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/05/syaitan-atau-kawan-musuh-ph-bererti.html