Judul : (4 Gambar) Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumi
link : (4 Gambar) Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumi
(4 Gambar) Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumi
Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong, kelmarin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jelawat, Bachok dalam satu liang lahad pada 3 pagi hari ini.Enam beranak yang maut ialah Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 51; Masnoraida M Yusoff, 45; Wan Muhammad Muhaimmin, 22; Wan Nor Athira, 18; Wan Mohd Ammar Haziq, 13 dan Wan Nur Aiesya, 7.
Sebelum itu, semua jenazah dituntut ahli keluarga kira-kira 5.20 petang semalam di Hospital Jempol, Negeri Sembilan selepas proses bedah siasat selesai.
Selepas menempuh perjalanan hampir lapan jam, semua jenazah selamat tiba di Masjid Naim, Jelawat pada 1.06 pagi dengan empat van jenazah sebelum terus disembahyangkan.
Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, rakan dan penduduk kampung turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Turut kelihatan anak arwah, Wan Muhamad Hazim, 19.
Demikianlah Artikel (4 Gambar) Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumi
Sekianlah artikel (4 Gambar) Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (4 Gambar) Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/4-gambar-jenazah-enam-beranak-selamat.html