Judul : Ambil iktibar dari negara lain - Mufti Kelantan
link : Ambil iktibar dari negara lain - Mufti Kelantan
Ambil iktibar dari negara lain - Mufti Kelantan
ANTARAPOS.COMKOTA BHARU: Umat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku di negara lain sehingga menjadi porak peranda, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata, tidak dinafikan, mungkin ada pemimpin negara melakukan kesilapan, namun dalam Islam mengajar supaya memberi kemaafan kerana mereka sudah insaf.
"Sebarang kesilapan perlu dimaafkan kerana Islam mengajar kita saling bermaaf-maafan. Seperti pepatah 'bumi mana yang tidak ditimpa hujan'.
"Kalau kita tidak dapat yang (pemimpin) terbaik, memadailah kita dapat yang baik atau mungkin yang lebih baik, " katanya kdipetik Berita Harian Online.
Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan Sabtu lalu, meminta semua parti politik negara supaya menolak campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara, yang bercanggah dengan ajaran al-Quran.
Beliau berkata, al-Quran mempamerkan ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman.
Dalam pada itu Mohamad Shukri berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat yang tidak sepatutnya diizinkan sebarang campur tangan kuasa asing berhubung hal ehwal negara.
"Musuh tidak akan senang melihat Islam bangkit, sebaliknya mencari jalan untuk melemahkan supaya orang Islam terus ketinggalan kebelakangan.
Demikianlah Artikel Ambil iktibar dari negara lain - Mufti Kelantan
Sekianlah artikel Ambil iktibar dari negara lain - Mufti Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ambil iktibar dari negara lain - Mufti Kelantan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/ambil-iktibar-dari-negara-lain-mufti.html