Judul : Zakir Naik Ditawarkan Kerakyatan Oleh 10 Negara
link : Zakir Naik Ditawarkan Kerakyatan Oleh 10 Negara
Zakir Naik Ditawarkan Kerakyatan Oleh 10 Negara
Adam Dani El-MunawarPendakwah Islam tersohor, Dr Zakir Naik telah ditawarkan kewarganegaraan oleh sekurang-kurangnya sepuluh negara.
Zakir, yang dikehendaki berkaitan siasatan berhubung keganasan di negara kelahirannya di India, berkata, setakat ini, beliau belum menerima mana-mana kerakyatan yang ditawarkan itu.
“Saya belum membuat keputusan mengenai sama ada saya perlu mengambil kewarganegaraan lain kerana kesukaran yang saya hadapi berdasarkan dakwaan tidak berasas (di India).
“Dengan rahmat Tuhan, saya telah ditawarkan kewarganegaraan oleh sekurang-kurangnya sepuluh negara Islam.
“Mungkin pada masa datang saya akan terima jika bersesuaian, kerana menurut teks-teks Islam, jika ada pihak cuba menganiaya pemikiran saya, maka saya harus melindungi diri,” katanya dilaporkan dalam satu wawancara melalui sebuah televisyen Arab Saudi, yang kemudiannya dipetik oleh akhbar The Hindu yang berpangkalan di New Delhi, Jumaat lalu.
Demikianlah Artikel Zakir Naik Ditawarkan Kerakyatan Oleh 10 Negara
Sekianlah artikel Zakir Naik Ditawarkan Kerakyatan Oleh 10 Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zakir Naik Ditawarkan Kerakyatan Oleh 10 Negara dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/zakir-naik-ditawarkan-kerakyatan-oleh.html