Judul : BERSATU Hanya Hendak Tun M Jadi Pengerusi HARAPAN Sahaja
link : BERSATU Hanya Hendak Tun M Jadi Pengerusi HARAPAN Sahaja
BERSATU Hanya Hendak Tun M Jadi Pengerusi HARAPAN Sahaja
Rafa AzmirParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjelaskan bahawa parti itu hanya mencadangkan bahawa jawatan pengerusi Pakatan Harapan sahaja untuk disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Parti ini sedia berkompromi bagi jawatan presiden HARAPAN atas semangat musyawarah, kata Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Md Nor.
Beliau membuat penjelasan demikian sebagai merujuk kepada laporan media mengenai struktur Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dicadangkan..
“Saya ingin menjelaskan bahawa pendirian kami ialah hanya jawatan pengerusi sahaja yang dicadangkan untuk disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam satu kenyataan.
Cadangan asal adalah untuk meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden HARAPAN adalah untuk memantapkan kepimpinan pakatan itu secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU14.
Katanya, cadangan itu dibuatkan berasaskan pengalaman luas Muhyiddin menerajui jentera pilihanraya.
Namun, kata Kamaruddin, BERSATU sedia berkompromi bagi jawatan presiden HARAPAN atas semangat musyawarah.
“Pendirian ini telah disampaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 9 Jun 2017,” jelasnya.
Tidak timbul isu ingin mendominasi HARAPAN dengan menguasai jawatan pengerusi dan presiden seperti yang diulas oleh beberapa orang tokoh politik dan dilapor oleh media.
BERSATU, tegasnya, bersedia untuk menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu sekiranya dipersetujui secara sebulat suara oleh parti-parti yang lain.
Demikianlah Artikel BERSATU Hanya Hendak Tun M Jadi Pengerusi HARAPAN Sahaja
Sekianlah artikel BERSATU Hanya Hendak Tun M Jadi Pengerusi HARAPAN Sahaja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BERSATU Hanya Hendak Tun M Jadi Pengerusi HARAPAN Sahaja dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/bersatu-hanya-hendak-tun-m-jadi.html