'Tak benar Umno tawar RM50,000 untuk keluar BERSATU'

'Tak benar Umno tawar RM50,000 untuk keluar BERSATU' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Tak benar Umno tawar RM50,000 untuk keluar BERSATU', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Tak benar Umno tawar RM50,000 untuk keluar BERSATU'
link : 'Tak benar Umno tawar RM50,000 untuk keluar BERSATU'

Baca juga


'Tak benar Umno tawar RM50,000 untuk keluar BERSATU'




Seorang Exco Pemuda UMNO menegaskan krisis kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menyebabkan anggota parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu keluar PPBM.

Menafikan dakwaan Dr Mahathir selaku pengerusi PPBM bahawa UMNO menawarkan sehingga RM50,000 bagi anggota PPBM meninggalkan parti itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata sebaliknya perkara tersebut berlaku apabila pucuk pimpinan PPBM tidak menjawab beberapa isu yang dibangkitkan anggotanya sendiri.

"Orang-orang kamu (anggota PPBM) bertanyakan mengenai (dakwaan) kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh anak-anak kamu (Dr Mahathir), tapi beliau (Dr Mahathir) sendiri tidak menjawabnya.

"Sebab itulah ada anggota PPBM membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasatnya sehingga ada juga yang hilang kepercayaan lalu meninggalkan parti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui pada program isi minyak percuma kepada lebih 500 penunggang motosikal dan pengagihan 2,000 bungkus bubur lambuk anjuran Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa di stesen minyak Petron di Keramat, di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir dalam blognya semalam mendakwa anggota PPBM menerima tawaran antara RM10,000 hingga RM50,000 supaya meninggalkan parti itu selain perlu menandatangani satu dokumen perjanjian mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Pada Selasa, anggota Exco Angkatan Bersatu Anak Muda PPBM, Mohamad Taufik Abas membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat kemungkinan pernah berlaku salah laku, penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin tertinggi parti itu.

Turut membuat laporan berhubung dakwaan isu kekayaan keluarga bekas perdana menteri itu ialah Anggota Jawatankuasa PPBM Bahagian Shah Alam Wan Mohamad Ashraf Nasjaruddin di pejabat SPRM Selangor di sini hari ini.- Bernama




Demikianlah Artikel 'Tak benar Umno tawar RM50,000 untuk keluar BERSATU'

Sekianlah artikel 'Tak benar Umno tawar RM50,000 untuk keluar BERSATU' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Tak benar Umno tawar RM50,000 untuk keluar BERSATU' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/tak-benar-umno-tawar-rm50000-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :