Judul : Cadangan kadar denda hilang pasport RM200 dan RM1,000
link : Cadangan kadar denda hilang pasport RM200 dan RM1,000
Cadangan kadar denda hilang pasport RM200 dan RM1,000
BERNAMAJabatan Imigresen bercadang mengenakan penalti antara RM200 dan RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian pemilik yang mencatatkan 31,287 kes pada enam bulan pertama tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata kerajaan sedang mempertimbang cadangan mengenakan penalti terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan, sama seperti bayaran yang dikenakan bagi permohonan penggantian kad pengenalan diri,MyKad yang hilang.
Selama ini, Jabatan Imigresen tidak mengenakan penalti terhadap mereka yang kehilangan pasport.
"Peraturan perlu diubah dan cadangannya adalah jika hilang kali pertama dikenakan denda RM200, manakala hilang kali kedua denda RM500 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya ialah RM1,000.
"Ini bukan niat untuk menghukum tetapi untuk menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap pasport yang dimiliki," katanya.
Januari lepas, Jabatan Imigresen telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, dan secara dasarnya sudah dipersetujui.
Mustafar berkata sikap cuai rakyat negara ini antara faktor jumlah pasport hilang agak tinggi walaupun ia merupakan barang berharga yang menghendaki pemiliknya menjaga dokumen itu dengan baik.
"Kes kehilangan pasport Malaysia ini dilihat mudah berlaku tak kira di dalam atau luar negara. Kehilangan disebabkan kecurian masih boleh diterima tapi kalau asyik hilang, ini tidak elok," katanya sambil menambah ada individu yang melaporkan kehilangan pasport sehingga empat kali.
Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen, 31,287 pasport Malaysia dilaporkan hilang sejak awal tahun ini sehingga 2 Jun lalu, dengan 22,475 daripadanya atas alasan 'tidak ingat di mana simpan' manakala 2,858 pula dikatakan hilang semasa pindah rumah.
Demikianlah Artikel Cadangan kadar denda hilang pasport RM200 dan RM1,000
Sekianlah artikel Cadangan kadar denda hilang pasport RM200 dan RM1,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cadangan kadar denda hilang pasport RM200 dan RM1,000 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/cadangan-kadar-denda-hilang-pasport.html