Judul : KJ dihujani gangguan seksual di laman sosial
link : KJ dihujani gangguan seksual di laman sosial
KJ dihujani gangguan seksual di laman sosial
MALAYSIA DATELINEKhairy yang popular dengan panggilan KJ melalui laman Twitter, menasihatkan para pengikutnya agar jangan terlalu mengikut perasaan ketika menjamah juadah sempena sambutan Aidilfitri pada kali ini.
“Sudah masuk hari ke-3 (di bulan Syawal), sekiranya anda (masih) menjamu selera tanpa peduli, mungkin ada baiknya untuk mula pelahankan (nafsu makan) tersebut.
Adalah sangat mudah untuk menambah (berat badan) berbanding menurunkannya,” katanya memetik kenyataan di status berkenaan pada Selasa.
Status tersebut kemudiannya dibalas oleh seorang remaja lelaki yang mahu ‘menjamah’ Ahli Parlimen Rembau itu.
“Boleh saya ‘makan’ kamu daddy,” soalnya.
KJ kemudianya membalas tweet remaja lelaki tersebut dengan ucapan ringkas “kamu akan tercekik”.
Ekoran ‘tweet’ tersebut ramai dikalangan pengikutnya mula memberikan komen-komen berbaur lucah dan yang mempunyai maksud tersirat.
Malah ada yang mengucap panjang ketika membaca status tersebut sambil menyifatkan komen-komen tersebut merupakan gangguan seksual.
Terdahulu ahli parlimen Rembau itu bertanya kepada para para pengikutnya, mengapa ada dikalangan mereka sering memanggil dirinya dengan perkataan ‘daddy’.
“Kenapa ada orang yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan saya (sering) merujuk saya dengan panggilan ‘daddy’ di laman media sosial?
“Apakah maksud (perkataan) ini menurut percakapan millennial (generasi Y), apakah ia membawa maksud seperti pakcik,” soalnya pula lapor portal MassaTV.
Demikianlah Artikel KJ dihujani gangguan seksual di laman sosial
Sekianlah artikel KJ dihujani gangguan seksual di laman sosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KJ dihujani gangguan seksual di laman sosial dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/kj-dihujani-gangguan-seksual-di-laman.html