Judul : DOJ-1MDB bukan lagi isu persepsi, Azalina perlu jawab
link : DOJ-1MDB bukan lagi isu persepsi, Azalina perlu jawab
DOJ-1MDB bukan lagi isu persepsi, Azalina perlu jawab
MALAYSIA DATELINEMenteri undang-undang di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said perlu menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan pendedahan terkini Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang kembali menjadi perdebatan dikalangan pimpinan pakatan pembangkang dan kerajaan.
Timbalan Pengarah War Room BN Bandar Tun Razak Datuk Zaharin Mohd Yasin menegur beberapa pimpinan Umno yang dianggapnya 'bertekak' berkaitan skandal 1MDB dan siasatan DOJ yang dikaitkan dengan pembabitan ahli keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak itu dan individu yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1'.
"Orang yang paling tepat menjawab isu ini ialah Azalina Othman Said kerana dia Menteri berportfolio undang-undang. Jawab sahaja.. Itu isu undang-undang Amerika.
"Malaysia tidak akan masuk campur urusan itu. Biar United State mendakwa orang yang melakukannya," terangnya dalam satu kenyataan di facebooknya.
Ini ekoran Azalina yang dilantik sebagai menteri undang-undang sejak setahun lalu itu, masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap saman terkini DoJ melalui dokumen lebih 140 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat minggu lalu.
Dalam saman sivil ketiga DoJ itu bertujuan untuk merampas pelbagai aset didakwa diperoleh melalui salah guna dana 1MDB.
Sebaliknya ia dijawab oleh beberapa menteri dan pemimpin Umno di luar portfolio perundangan.
Antara yang memberi respon daripada serangan pihak pembangkang terhadap Najib kerana saman terkini DOJ itu adalah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Kruak dan;Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Irmohizam Ibrahim.
Dalam menangani isu membabitkan DoJ Zaharin berkata, jika isu ini dijawab secara emosi oleh pemimpin Umno ia akan melahirkan kebencian rakyat terhadap parti itu.
Bahkan beliau merujuk kepada isu yang pernah berlaku dalam skandal BMF (Bumiputera Malaysia Finace pada 1983) di era Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawat perdana menteri.
"Belajarlah dari isu Hong Kong DPP vs Lorrain Esme Osman dalam kes Skandal BMF pinjaman tanpa cagaran RM2.5bilion.
"Lorranie Osman tidak pernah dituduh di Malaysia atas skandal itu sebaliknya diuruskan oleh Mahkamah Hong Kong dan London. Beliau terpenjara 9 tahun di London.
"Bagaimana Dr Mahathir menguruskan isu itu? Bagaimana dia melawan persepsi masa itu. Dan bagaimana Tengku Razaleigh Hamzah melawan fitnah yang dikaitkan kepadanya. Belajar dengan kedua mereka dan baca buku sejarah isu itu," ujarnya.
Justeru ujarnya lagi, dalam isu membabitkan DoJ dan 1MDB ia bukan lagi bersandarkan kepada persepsi sebagaimana isu BMF.
Dakwanya lagi, sebaliknya pemimpin kerajaan di bawah Najib kurang bijak menangani isu tersebut sehingga bertindak menyerang balas pihak yang mempersoalkannya dikalangan pemimpin pembangkang termasuk Dr Mahathir sendiri.
"Kini soal 1MDB bukan soal persepsi seperti skandal BMF. Tetapi kerana kurang bijak melawan isu itu kerana yang menjawab sudah menjadi emosi.
"Melawan cara emosi dan bertambah emosi mereka yang mempertahankan Najib Razak pula membangkitkan (menyerang balas) pihak yang menyerang itu.
"Kena dahulu membuktikan kekayaan keluarganya dan menafikan skandal kekasih gelap.Itu bukan cara menjawab isu. Itu melahirkan kemarahan rakyat.
"Cara menyerang sebegitu, jika orang dikatakan tahu menggunakan peluang itu, Masalah lagi.
"Jika orang diserang itu bertanya pula kepada yang kena tuduh perlu membuktikan kekayaan keluarga dan anaknya dahulu baru dia menjawab serangan akan kekayaan keluarga dia dan skandalnya, bagaimana?
"Dia akan bertanya.. Benar atau tidak ada kes 'tangkap basah' di Port Dickson satu masa dulu, melibatkan artis yang mana kedua pihak tidak pernah menjawab untuk menafikan.
"Bagaimana pula dengan anak tiri yang jelas dalam senarai nama DoJ.Bagaimana kekayaan dia begitu sekali?
"Akhirnya rakyat dalam emosi kebencian berterusan dengan Umno," ujarnya.
Sebagai rekod pada Jumaat Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersoalkan saman terkini DoJ melalui dokumen lebih 140 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat minggu lalu dengan berkata pejabatnya masih “belum diberikan bukti” mengenai dakwaan kecurian dana daripada 1MDB syarikat yang diilhamkan Najib.
DoJ mahu mendapatkan balik sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) wang yang dikaitkan dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.
DoJ dalam siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.
Demikianlah Artikel DOJ-1MDB bukan lagi isu persepsi, Azalina perlu jawab
Sekianlah artikel DOJ-1MDB bukan lagi isu persepsi, Azalina perlu jawab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DOJ-1MDB bukan lagi isu persepsi, Azalina perlu jawab dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/doj-1mdb-bukan-lagi-isu-persepsi.html