Kes Adun Pujut: Dun Sarawak diminta beri perhatian serius

Kes Adun Pujut: Dun Sarawak diminta beri perhatian serius - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Adun Pujut: Dun Sarawak diminta beri perhatian serius, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Adun Pujut: Dun Sarawak diminta beri perhatian serius
link : Kes Adun Pujut: Dun Sarawak diminta beri perhatian serius

Baca juga


Kes Adun Pujut: Dun Sarawak diminta beri perhatian serius


Dr Awang Azman Awang Pawi

 BERNAMA
Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak hari ini diminta supaya memberi perhatian serius terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching semalam yang membatalkan tindakan Dun itu yang melucutkan kedudukan Dr Ting Tiong Choon sebagai Adun Pujut.

Penganalisis sosiopolitik di Jabatan Sosiobudaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ini perlu demi menentukan Dun itu tidak mengulangi kesilapan hingga memberi implikasi negatif kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Ini juga untuk memastikan amalan pengasingan kuasa jelas dan tidak ditafsirkan secara sempit oleh parti politik, penasihat dan penggubal undang-undang, kata beliau.

Beliau berkata, amalan pengasingan kuasa dalam sistem demokrasi penting untuk dipelihara dan diamalkan.

“Pengasingan kuasa tiga badan – eksekutif, perundangan dan kehakiman – adalah untuk memastikan sistem keadilan yang telus, berintegriti tinggi dan dihormati,” katanya kepada Bernama, ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Beliau berkata Dun sebagai badan yang menggubal undang-undang tidak boleh bertindak sebagai hakim kerana ia mencampuri urusan badan lain, iaitu kehakiman.

“Ini bertentangan dengan amalan demokrasi sebenar dan bersifat campur tangan yang tidak perlu sedangkan tiga badan ini mempunyai fungsi dan tugas tersendiri dan tidak boleh bertindih, diganggu dan dipengaruhi oleh badan yang lain,” jelasnya.

Beliau menambah bahawa campur tangan perundangan terhadap bidang kehakiman menjejaskan intergriti konsep pengasingan kuasa dan menambah ia perlu dielakkan agar tidak menjurus kepada aspek salah guna kuasa dan percubaan untuk monopoli terhadap badan yang lain.

Kesannya seperti yang berlaku dalam kes membabitkan Dr Ting apabila pihak mahkamah mendapati telah berlaku pelanggaran terhadap prinsip asas dalam doktrin tersebut.

Sementara itu, pengerusi KEADILAN Sarawak Baru Bian mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai kemenangan untuk keadilan.

Katanya, hakim telah membuat keputusan yang menyenangkan pihak yang menghargai demokrasi dan keadilan.



Demikianlah Artikel Kes Adun Pujut: Dun Sarawak diminta beri perhatian serius

Sekianlah artikel Kes Adun Pujut: Dun Sarawak diminta beri perhatian serius kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Adun Pujut: Dun Sarawak diminta beri perhatian serius dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/kes-adun-pujut-dun-sarawak-diminta-beri.html

Subscribe to receive free email updates: