Jasa belanja hampir RM160 juta sebar propaganda BN, kata DAP

Jasa belanja hampir RM160 juta sebar propaganda BN, kata DAP - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jasa belanja hampir RM160 juta sebar propaganda BN, kata DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jasa belanja hampir RM160 juta sebar propaganda BN, kata DAP
link : Jasa belanja hampir RM160 juta sebar propaganda BN, kata DAP

Baca juga


Jasa belanja hampir RM160 juta sebar propaganda BN, kata DAP

Belanjawan operasi Jasa setiap tahun dari 2011 hingga 2017 melebihi RM20 juta, malah bertambah pada tahun sebelum dan selepas pilihan raya.


liew-chin-tong-jasa


PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan hampir RM160 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dari 2011 hingga 2017, badan yang didakwa menyebarkan propaganda BN, menurut Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Menurut wakil rakyat DAP itu, belanjawan operasi Jasa setiap tahun dari 2011 hingga 2017 melebihi RM20 juta, malah bertambah pada tahun sebelum dan selepas pilihan raya.

“Malang sekali jutaan ringgit dana negara digunakan untuk menyebar berita palsu, dan dalam masa yang sama kerajaan merasakan wajar mengurangkan peruntukan untuk sektor berkepentingan rakyat seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan,” kata Liew.

Angka yang dilampirkan dalam kenyataannya hari ini melampirkan belanjawan operasi Jasa seperti berikut:

2011 – RM 21,759,400
2012 – RM 21,392,000
2013 – RM 23,127,100 (PRU-13)
2014 – RM 24,572,800
2015 – RM 21,718,100
2016 – RM 22,801,000
2017 – RM 22,886,500 (PRU-14 diramal lewat tahun ini dan selewat-lewatnya tahun depan)

“Perlu diberi perhatian belanjawan pada tahun sebelum dan selepas pilihan raya (2013 dan 2014) lebih tinggi berbanding tahun-tahun lain,” kata Liew.

Angka yang Liew lampirkan menunjukkan ada pertambahan bagi 2016 dan 2017. Beliau tidak menyatakan sama ada pertambahan itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum ke-14, yang perlu diadakan selewat-lewatnya tahun depan.

Beliau berkata demikian selepas mendakwa Jasa dalam kemaskini di media sosial mengulangi dakwaan Exco Johor Jais Sarday, yang didakwa mengatakan Pakatan Harapan diusir dari bazar Ramadan di Kluang 10 Jun lepas kerana DAP pada 2007 meminta tapak bazar dipindahkan.

Bagaimanapun, Liew berkata pemindahan tapak bazar itu didalangi MCA, seperti yang diakui sendiri oleh bekas Adun Mengkibol Gan Peng Sieu. Gan dalam kenyataan 13 Jun lepas berkata beliau selaku Adun bertanggungjawab untuk menyuarakan “kebimbangan berasas” para peniaga Kluang mengenai kesesuaian tapak bazar.

“Oleh itu, dakwaan dalam kemaskini Jasa mengandungi unsur tidak jujur. Umno boleh menggunakan jentera propaganda kerajaan itu untuk memudahkan tuduhan palsu dan melakukan pendustaan terhadap pesaing politiknya,” kata Liew.

Beliau berkata Jasa wajar ditutup jika ia tidak lagi menyediakan maklumat tepat kepada orang ramai, dan digunakan untuk tujuan politik BN.

“Jabatan seperti itu wajar dimansuhkan bagi mengurangkan perbelanjaan tidak perlu, supaya kerajaan boleh berbelanja untuk perkara yang memanfaatkan rakyat kebanyakan, termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan awam.”

Beliau juga menyeru Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengarahkan Jasa, yang terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya, supaya menghentikan penyebaran berita palsu sebagai bahan tuduhan politik.



Demikianlah Artikel Jasa belanja hampir RM160 juta sebar propaganda BN, kata DAP

Sekianlah artikel Jasa belanja hampir RM160 juta sebar propaganda BN, kata DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jasa belanja hampir RM160 juta sebar propaganda BN, kata DAP dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/jasa-belanja-hampir-rm160-juta-sebar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :