'Muka depan macam ini kena marah tak?'

'Muka depan macam ini kena marah tak?' - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Muka depan macam ini kena marah tak?', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Muka depan macam ini kena marah tak?'
link : 'Muka depan macam ini kena marah tak?'

Baca juga


'Muka depan macam ini kena marah tak?'

MALAYSIAKINI


Seorang artis grafik mengemukakan reka letak alternatif untuk muka hadapan akhbar The Star pada 27 Mei lalu yang dilanda kontroversi selepas didakwa mengaitkan umat Islam dengan keganasan.

Fahmi Reza, yang terkenal dengan karya grafik 'membadutkan' wajah perdana menteri, bagaimanapun hanya membuat pengubahsuaian ringkas pada reka letak itu.

Beliau menambah garisan di sebelah kanan gambar umat Islam sedang bertarawih dan memasukkan tajuk kecil “Holy month starts” disusuli kapsyen.

Reka letak asal meletakkan kapsyen di bawah gambar.

“Kalau layout muka depan suratkhabar The Star diedit macam dalam gambar ini, dengan tajuk berita pasal terrorist dan gambar solat tarawih dijarakkan dan diasingkan dengan garisan yang lebih jelas, dan caption gambar dibesarkan, masih ada tak orang yang akan marah dan minta KDN ambil tindakan?” soalnya.

Ramai pengguna Internet memberikan maklum balas positif.

Polis semalam menyoal siasat lima pengarang dan seorang jurugambar The Star bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni dan kebencian dalam isu agama.

The Star juga menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang meminta akhbar itu memberikan sebab kerana lesen penerbitannya tidak patut digantung.

Harian berbahasa Inggeris itu bagaimanapun telah memohon maaf dan menggantung dua pengarang kanannya sementara siasatan dalaman dibuat.

The Star menjelaskan pemilihan reka letak itu mengambil kira kedatangan Ramadan, yang kebetulan disiarkan bersama artikel berkaitan keganasan.




Demikianlah Artikel 'Muka depan macam ini kena marah tak?'

Sekianlah artikel 'Muka depan macam ini kena marah tak?' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Muka depan macam ini kena marah tak?' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/muka-depan-macam-ini-kena-marah-tak.html

Subscribe to receive free email updates: