PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri

PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri
link : PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri

Baca juga


PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri

MALAYSIAKINI


PAS menasihati Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH), Ahmad Awang supaya menjaga parti sendiri dan bukan mencampuri urusan parti lain.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, berkata, banyak isu lain perlu diselesaikan oleh AMANAH yang disifatkan tidak mempunyai hala tuju perjuangan, lapor Sinar Harian.

“Sila jaga parti anda yang dilihat tidak tahu mana satu arah tujuan perjuangan. Saya rasa Ahmad ada masalah konflik dalaman sebab dia paksa orang lain terima pandangan dia,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Ahmad mengapa beliau mengambil keputusan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS pada muktamar parti itu ke-61.

Ahmad berkata antara sebab beliau bertindak sedemikian kerana desakan akar umbi yang mendakwa tidak ada ruang untuk menyatakan pendapat.

Khairuddin turut membidas kenyataan Ahmad dengan menegaskan PAS adalah parti yang sentiasa terbuka menerima pandangan ahli demi kebaikan semua pihak.

“Jangan sebab pandangan di tolak, terus kira anggap tidak ada demokrasi dalam parti dan terus tubuhkan parti baru.

“Harus diingat dalam melontar pandangan, ada yang diterima ada ditolak itu demokrasi dalam parti ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Katanya lagi, dalam muktamar, sebarang keputusan dibuat berdasarkan majoriti walaupun ada segelintir berlainan pendapat.

“Jangan sebab orang tak terima pandangan, kita terus label orang dengan pelbagai panggilan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.




Demikianlah Artikel PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri

Sekianlah artikel PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS nasihat Ahmad Awang jaga parti sendiri dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/pas-nasihat-ahmad-awang-jaga-parti.html

Subscribe to receive free email updates: